Archive for October, 2005

Dahulukan Akhlak, di atas Perasaan.

Wednesday, October 26th, 2005

Kita mempunyai tuntutan akhlak untuk menjaga silaturahmi dengan masyarakat sekitar.Daripada menimbulkan kekecauan, lebih baik kita dahulukan akhlak.

Alqur’an juga mengatakan, kalau orang menyakiti sesama manusia akan dilaknat Allah di dunia dan akhirat. Dalam surah al-Ahzâb: 56 dikatakan, Ertinya:  mereka yang menyakiti orang lain itu sedang menghapus seluruh amalnya.

Hadith juga ada mengatakan “Inna fulânah tashûmun nahâra wa taqûmul lailâ walâkin tu’dzî jirânaha bilisâniha” (ada seorang yang rajin puasa siang dan salat malam, tapi suka menyakiti tetangga dengan lidahnya). Apa kata Rasulullah? “Hiyâ fin nâr” (dia di neraka).

Oleh yang demikian rakan-rakan, suka untuk saya mengingatkan pada kamu semua agar jangan menyakiti perasaan orang lain dengan menyampaikannya melalui  apa cara sekalipun walaupun dibenak hati kamu merasakan itu adalah benar dan kamu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Ini kerana kebenaran bagi kamu, bukanlah kebenaran buat yang lainnya.
kebenaran bukanlah kenyataan.
Dan seharusnya kamu dahulukan akhlak yang baik diatas segala perasaan yang kamu rasakan.

Risau

Wednesday, October 26th, 2005

Risau jadikan jiwa kita kacau. Risau jadikan kita runsing. Risau jadikan fikiran terganggu seketika. Risau jadikan kita sedih. Risau membuatkan kita tidak tentu arah.

Banyak perkara yang boleh di masukkan didalam pemaknaan risau ini. Ada yang risau akan duit. Risau akan Pelajaran. Risau akan keluarga.  Risau akan rakan taulan  malah ada juga yang risau akan haiwan peliharaan.

Tapi, yang paling merisaukan aku ialah org yg aku sayangi dan aku hargai. Dan lebih merisaukan lagi adalah  apabila mengetahui keraguan yang dirisaukan mungkin menjadi kenyataan. Hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik2 saja. 

Ke arah pencerahan..

Friday, October 21st, 2005

Kebelakangan ini aku selalu mempamerkan beberapa artikel di dalam blog ini.

Ada segelintir pemerhati yang menyatakaan ada di antara artikel-artikel tersebut bukannya lahir dari pemikiran, idea mahupun pendapat dari aku sendiri. Ya, aku akui kebanyakkan dari artikel itu datangnya dari pelbagai sumber seperti tulisan-tulisan Pak Khalid Jaafar, Ulil-abshar, Abdul Moqsith Ghazali dan Luthfi Assyaukanie. Aku ingin sampaikan kepada para pembaca tentang pendapat-pendapat mereka yang aku setujui, dan pada masa yang sama ingin aku berkongsi kepada semua. Pada aku, sesuatu blog itu tidak hanya perlu mengandungi idea-idea daripada sang pemilik blog sahaja.

Apa yang aku harapkan adalah pembaca paham akan mesej yang ingin aku sampaikan melalui tulisan-tulisan tersebut. Lebih berbesar hati lagi, jika ada di antara kamu yang dapat memberikan hujah balas terhadap tulisan-tulisan di dalam blog ini. Dengan adanya proses penghujahan balas, maka sesuatu topik atau idea yang dibincangkan akan lebih berkembang . Maka sedikit sebanyak ianya akan dapat menghuraikan kekusutan terhadap sesuatu perkara dan menjurus ke arah pemahaman yang lebih menyeluruh.Betterunderstanding

Sakitnya aku..

Monday, October 17th, 2005

Aku selalu merindui kamu,

Aku selalu risau akan kamu,

Aku selalu ingin berjumpa kamu,

Sebab itu, aku betul berasa sakit hati.

Tak sangka menyukai seseorang

adalah begitu menyakitkan,

dan begitu sengsara..

Tapi aku tetap tak dapat hentikan,

aku tak dapat hentikan sendiri,

Daripada mendekati kamu..

Kangen..

Sunday, October 16th, 2005

"Saat cinta menuntunmu, ikutlah dengannya walaupun jalan yang kautempuh berliku dan terjal. Dan saat sayapnya merangkulmu, serakan seluruh dirimu padanya walaupun pedang-pedang yang ada dibalik sayapnya akan melukaimu."

- Kahlil Gibran

Ayuh menggunakan Akal

Saturday, October 15th, 2005

Orang-Orang yang Takut Keluar Hutan

Di hutan ini, kita hidup ribuan tahun, turun temurun.

Di hutan ini, semua tersedia dari buah-buahan dan dan kayu bakar

“Cucuku… jangan sampai kalian keluar dari hutan ini karena barangsiapa yang keluar dari hutan akan terkena kutukan.”

Dan selama beratus tahun mereka percaya itu.

Hutan adalah segalanya.

Orang-orang yang takut keluar hutan, tidak akan tahu bahwa di luar sana, ada sesuatu yang lebih maju.

Dunia tidak sekadar hutan!

Akal fikiran merupakan anugerah Allah s.w.t yang paling utama kepada manusia, kriteria terpenting yang membezakan mereka daripada makhluk selainnya. Menerusi akal, manusia berpeluang meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat. Pujian diberikan kepada mereka yang menggunakan akal yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadap Allah s.w.t, manakala celaan pula ditujukan kepada mereka yang mengabaikan proses penggunaan akal tersebut menuju kebenaran dan keimanan.

Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka, surah al-Imran, ayat 190.

Sedih sekali apabila aku dapati umat Islam atau aktivis Islam hari ini cuba memperkecil-kecilkan akal, sedangkan menggunakan akal adalah dituntut oleh Islam sendiri. Banyak orang menyebut ayat tentang “taat kepada Allah & Rasul…” tetapi jauh lebih banyak lagi ayat yang mengarahkan kita menggunakan akal. Akal merupakan satu instrumen atau suatu alat untuk selesaikan masalah serta perkara-perkara yang baru yang timbul.

Islam ini panjang dan pelbagai. Adakah Islam di zaman Abbasiyyah itu sama Islamnya di zaman Monggol misalnya? Islam bersifat transendan dan ia tidak berubah. Islam yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak akan berubah. Tapi, manusia berubah-ubah. Orang Melayu tidak sama dengan orang Arab, dan juga tidak sama orang Turki. Setiap amalan itu ada tafsirannya. Oleh itu, Islam itu satu dan juga, Islam itu pelbagai. Ada aspek yang dikatakan keesaan dan kesatuan. Sebagai contoh, dalam aspek aqidah, ibadah dan moral ia tidak dinamik. Rukun Islam tetap lima, tiada yang menambah rukun kepada tujuh, kerana ini perkara yang tidak boleh diubah. Tetapi dalam kehidupan sosial atau kehidupan politik ini, ia berubah-ubah.

Umat Islam seharusnya mengembangkan suatu pemahaman bahwa suatu penafsiran Islam oleh golongan tertentu bukanlah paling benar dan mutlak, karena itu harus ada kesediaan untuk menerima dari semua sumber kebenaran, termasuk yang datangnya dari luar Islam. Setiap golongan hendaknya menghargai hak golongan lain untuk menafsirkan Islam berdasarkan sudut pandangnya sendiri; yang harus di-"lawan" adalah setiap usaha untuk memutlakkan pandangan keagamaan tertentu.

                     12     *Diambil dari wawancara Khalid Jaafar dan artikel Ulil-Abshar. 

Mari membaca..!

Saturday, October 8th, 2005

Bathtub_reader Membaca itu penting.Baru sekarang aku dapat merasakan bahwa betapa pentingnya sikap membaca ini perlu ada pada seseorang.Menyesal juga ada pada diri aku kerana dari sekolah lagi aku benci untuk membaca. Ini kerana, pada aku membaca hanyalah membuang masa sedangkan apa yang nak disampaikan oleh sesebuah buku itu dapat dipahami mungkin dlm satu muka sahaja.Jadi mengapa harus membuang masa membaca beratus2 muka surat? Hanya buku yg mempamerkan gambar2 sahaja yg menarik minat aku.Tapi semakin meningkat usia dan ketemu pelbagai jenis manusia, baru aku sedari yang pandangan aku tentang budaya membaca ini ternyata salah. Ya,mungkin sistem pendidikan yang aku terima sejak persekolahan rendah yang hanya perlu menghafal formula2 matematik,sains,biologi,fizik telah menyempitkan pandangan aku terhadap budaya membaca dan sekaligus memberi kesan terhadap sikap aku yang tidak mahu membaca.Mungkin juga terjadi begini kerana sikap aku yang malas!Akibatnya, aku berasa jauh ketinggalan daripada rakan-rakanku yang mempunyai sikap  gemar untuk membaca.Banyak benda yang aku tidak tahu berbanding mereka.Aku bersyukur kerana sekarang aku dikelilingi dgn personel2 yang gemar untuk membaca dan sekaligus menarik sama minat aku untuk membaca.Walaupun hanya sedikit aku membaca, tetapi aku akan berusaha untuk memajukan diriku untuk terus membaca. Pada aku, pembacaan mempunyai kepentingannya dari sudut kemajuan kerjaya, pandangan Islam, undang-undang, ekonomi dan banyak lagi. Tetapi harus diingat, pentingnya bersikap terbuka di dalam menuntut dan mencari ilmu dari pelbagai sumber serta mampu menerima pendapat orang yang berbeza dengan pandangan kita khususnya dalam hal-hal yang merujuk persoalan-pesoalan keislaman, kepentingan dan keakraban hubungan pembacaan dan berfikir. Pembacaan yang aktif akan mampu melahirkan pemikiran-pemikiran yang bernas dan rasional. Kesimpulannya, budaya membaca seharusnya menjadi kegiatan yang paIing utama di dalam kehidupan!

Ingatan buat Chairil Anwar

Thursday, October 6th, 2005

Hujung miggu lepas, aku, eekmal dan shahbani ke jalan telawi.Tujuannya untuk bertemu Amar, teman baru eekmal.Dgn berlatarbelakangkan suasana pasar malam yg multiracial(cina,melayu,arab,mat saleh,semua ada) Amar memberikan buku Chairil Anwar kpd eekmal.

Tiba-tiba aku teringatkan penyair dari indonesia ni.. Pertama kali mengenali namanya melalui sajak "AKU"..dari Filem Ada Apa Dgn  Cinta yang ada menyelitkan kata ucapnya yang cukup menarik dan bersahaja bagi aku..


"Aku Susah tidur
Orang Ngomong
Anjing Gonggong
Nyiat Jauh Mengabur"

Lalu, apabila aku baca puisi "Cintaku Jauh Di Pulau..bagiku ia benar-benar merupakan puisi yang menyentuh perasaanku..Untuk aku abadikan kepada sesiapa sahaja yang mahu untuk mengerti…Suara puisi Chairil Anwar akan hidup seribu tahun lagi di bibir-bibir yang mahu mengerti…

CINTAKU JAUH DI PULAU

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri

Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak ‘kan sampai padanya.

Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
"Tujukan perahu ke pangkuanku saja,"

Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama ‘kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!

Manisku jauh di pulau,
kalau ‘ku mati, dia mati iseng sendiri.