Tuhan baik, tuhan jahat..
Saturday, November 19th, 2005Arghh!! Minggu ini, banyak perkara yang aku tidak gemar. Aku kena tempuhi final exam selama 10 hari.Kena Study! Tapi elok2 je nak study, kena pulak keracunan makanan..sakit perut aku selama 4 hari.Tambah plak dengan demam.Di tambah pula lagi dengan sakit telinga dan sakit gigi.Kacau jadual study aku dan juga kacau aku masa mengambil peperiksaan.Macam2..lebih menyakitkan lagi bila total body engine kereta aku rosak, nak kena ganti rm820 pulak.Aduh mane aku nak dapat duit ni.Duit sewa rumah pon tak terbayar lagi..
Terfikir aku adakah tuhan menurunkan Bala kepada aku? Ataupon aku ada membuat banyak kesalahan kpdnya lalu di lemparkan aku dgn pelbagai permasalahan? Bukankah Tuhan itu maha Baik, Adil, Mengasihani? Wah, kalau begitu, sudah tentu aku tidak ditimpa dengan semua masalah ini. Jadi, Mungkin juga Tuhan itu Jahat barangkali.
Pada aku, tuhan cuba untuk mengelirukan hamba nya yg hina ini. Seolah-olah mahu menguji kepercayaan aku terhadapnya. Baik direpresentasikan keadaan dirinya yg baik, maupon didalam keadaan dirinya yg jahat, aku tetap mempercayai bahawa tuhan itu wujud serta maha satu.
Tak pernah henti-hentinya aku, Terus mencintai dirinya..Tak pernah henti-hentinya aku, Tetap menyayangi dirinya.