Archive for December, 2005

Jihad = Perang?

Thursday, December 29th, 2005

Konsep Kabur Jihad

Jihad adalah sebuah konsep Islam yang sangat kabur kerana telah menjadi topik wacana berbagai kelompok Islam. Oleh kalangan moderat, jihad diertikan bukan hanya perang, tapi juga berbagai aktiviti yang mengarah kepada kebaikan. Pendidikan, pengubatan, serta kegiatan-kegiatan sosial lainnya yang dapat memberikan kebaikan bagi masyarakat juga boleh dianggap sebagai jihad.
Sementara itu, oleh sebagian aktivis Islam, jihad diertikan sebagai perjuangan fizik bersenjata melawan musuh-musuh Allah. Tidak jelas benar apa yang mereka maksudkan dengan “musuh-musuh Allah.” Tapi, dalam praktiknya, “musuh-musuh Allah” yang mereka maksudkan adalah tempat-tempat awam yang secara langsung mahupun tak langsung berkaitan dengan dunia Barat dan kemaksiatan, seperti kedutaan besar asing (milik orang-orang Barat kafir), kafe-kafe dan bar (berkaitan dengan maksiat).

Bagi kelompok yang terakhir ini, melakukan kerosakan dengan mengebom, termasuk dengan meledakkan diri, adalah bahagian dari jihad. Pengakuan para pelaku bom Bali I seperti Imam Samudra dan Amrozi, sangat terang-benderang bahawa mereka melakukan hal itu kerana panggilan jihad.
Dualisme makna jihad memang bukan persoalan baru. Dalam wacana pemikiran Islam, ada dua makna jihad yang selalu dipertentangkan, yakni antara jihad dengan cara-cara damai (silmi) dan jihad lewat peperangan (harbi). Sepanjang sejarah Islam, kaum Muslim bersaing dalam merebut kedua makna ini. Sementara kaum “Muslim moderat” berusaha memberikan citra positif terhadap istilah jihad, kaum “Muslim radikal” memberikan citra yang keras dan cenderung negatif terhadap konsep ini.

Jihad Negatif
Menarik untuk dicatat bahawa sejak 50 tahun terakhir, jihad dalam maknanya yang negatif, yakni peperangan, kekerasan, dan terorisme, mendominasi wacana dan pentas politik kehidupan kaum Muslim di seluruh dunia. Dari Mesir hingga Indonesia, kata “jihad” selalu digunakan dan dikaitkan dengan kelompok atau organisasi radikal. Di Mesir ada kelompok “al-Jihad al-Islami” yang dikenal, salah satunya, kerana berjaya membunuh presiden Anwar Sadat; di Pakistan ada “Harakat ul-Jihad-i-Islami” yang popular kaerana aksi-aksi kekerasannya; di Indonesia ada “Laskar Jihad” yang dikenal kerana keterlibatannya dalam konflik agama di Ambon.

Kisah Dr.Azhari
Sebagai contoh apa yang berlaku kepada Dr.Azhari Hussein yang telah berjaya mengebom di bali, Jakarta dan kedutaan Australia dimana telah menyebabkan manusia yang tidak berdosa menjadi korban.Manusia-manusia ini termasuklah muslim serta non-muslim yang terdiri daripada orang tua,remaja dan juga kanak-kanak.Menurut isterinya Wan Noraini Jusoh didalam sebuah rencana Utusan Malaysia, Azhari yang merupakan lulusan jurutera University Adelaide dan Sarjana kedoktoran di University Reading,England adalah seorang yang pendiam dan tidak extreme didalam soal agama.Tetapi selepas disahkan isterinya menghidap kanser kerongkong,Azhari menjadi trauma dan sejak dari itu suaminya sembahyang dan menyatakan dia mahu berbakti kepada tuhan.Lelaki yang meminati lumba kereta dan aktiviti lasak ini dikatakan berubah pada penghujung 1990-an dan mula dipengaruhi oleh pemimpin Jemaah Islamiah(JI) seperti Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar.Dia menjadi lelaki yang amat berbeza kepada rakan-rakannya malah isterinya sendiri.Pada tahun 1998,beliau yang pada ketika itu pensyarah di UTM,mengambil cuti sebatikal dan telah pergi ke Mindanao,Filipina dan ke Kandahar,Afganistan untuk belajar teknik membuat bom. Ketekunannya belajar membuat bom dan keinginannya untuk berbakti kepada tuhan, telah berjaya menghasilkan seramai 240 orang manusia yang tidak bersalah menjadi korban.

Perang tidak suci

Perang fizik (qital) itu tak pernah suci, walaupun para pelakunya kerap menghendaki demikian. Ia tidak suci kerana menumpahkan darah. Perang mengandung bau busuk yang menyengat. Bagaimana mungkin perang boleh disebut suci kalau di dalamnya penuh dendam dan angkara murka. Agama pun sering dipakai sebagai sandaran dari sebuah kebrutalan. Kata-kata dari kitab suci sengaja ditampilkan dalam wujudnya yang mentah untuk dijadikan dinamit yang menyeramkan. Lihatlah perang salib yang meletus pada zaman lampau–konon dimotivasi oleh faktor keagamaan–telah menelan korban manusia yang tidak sedikit. Begitu juga konflik Hindu dan Muslim di India dahulu, pertikaian antara Israel dan rakyat Palestin yang belum selesai. Cukup tragis lagi. Agama yang satu seakan boleh survive hanya dengan menggilas agama yang lain. Umat yang satu seperti predator buat yang lain.
Peperangan tentu saja menyakitkan. Terutama buat mereka yang kalah. Para peserta perang yang masih hidup boleh jadi akan mengalami cacat fisik permanent, sedemikian rupa sehingga mereka tidak dapat bekerja secara produktif. Peperangan juga telah menciptakan anak-anak yatim dan janda yang terlantar.

Perang bukanlah penyelenggaraan ilahi. Ia adalah ekspresi kebencian dan keberingasan manusia. Pada mula dan pada akhirnya, qital tak boleh dianggap suci. Perang dalam konteksnya yang ganas itu tak boleh disakralisasi dengan dalil agama mana-mana pun. Perang yang boleh diberi anggapan suci hanyalah perang untuk melawan kemiskinan, kelaparan dan keterbelakangan. Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman orang yang tidur dengan perut kenyang, sementara ia mengetahui tetangganya meronta menahan lapar, kata Nabi Muhammad.

Zainuddin al-Malibari dalam Fathul Mu’in menyebutkan bahwa salah satu makna jihad adalah memberikan bantuan sandang, pangan, papan, dan kesehatan terutama bagi yang memerlukannya, baik beragama Islam mahupun tidak [.... wa daf'u dharar ma'shum min muslim wa dzimmiyin wa mustamanin, ja`iin lam yashil li halat al-idhdhirar aw 'arin aw nahwihima...].
Jenis perang inilah yang mestinya dinyalakan. Iaitu, perang terhadap kelaparan, kemiskinan, kejumudan, dan keterbelakangan yang hingga sekarang masih membelenggu.Lihat saja seperti kelaparan dan kemiskinan yang didedahkan didalam program bersamamu TV3, kadar buta huruf yang masih tinggi disekolah dan berbagai lagi.Lebih menyedihkan lagi apabila baru-baru ini rakanku yang mengajar di sebuah sekolah agama di Setiu, Terengganu memberitahu bahawa ada diantara murid tingkatan 4 di Sekolah itu masih tidak pandai membaca didalam Bahasa Malaysia. Amma ba’du, kaedah fiqh menyatakan, khudz ma shafa wa da’ ma kadara; ambil yang suci dan jauhi yang kotor!

Bacaan lanjut:

http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=953,

http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=946

Mohammed Arkoun - “Islam Kontemporer: Menuju Dialog Antar agama”

Saturday, December 24th, 2005

siri 2:

Arkoun memiliki tujuan utama yang hendak dicapainya melalui ceramah dan tulisannya iaitu pemaduan dari unsureyang paling mulia dalam pemikiran islam dan unsur yang aling berharga dalam pemikiran barat moden. Yang dihargainya dalam pemikiran islam dan yang ingin dipertahankannya adalah semangat keagamaan dan tempat penting yang diduduki angan-angan social dalam masyrakat muslim. Aspek negative dari pemikiran islam yang hendak dilampauinya adalah kejumudan dan ketertutupan yang telah terjadi didalamnya dan menghasikan pelbagai penyelewengan dalam bidang social dan politik. Umat islam bagi Arkoun, sebahagian besar masih belum berganjak dari perbahasan teologis-dogmatis yang kaku dan dianggap standard dan tidak boleh diperdebatkan lagi. Untuk itu Arkoun menyarankan agar unat islam bersedia melakukan perbahasan secara ilmiah dan terbuka dalam mempelajari dan mengungkapkan etika ajaran Al-Quran yang tidak boleh terlepas dari konteks sejarah.

Dari pemikiran barat moden, Arkoun ingin mengambl alih rasional dan sikap kritisnya yang memungkinkan unuk memahami agama dengan cara yang lebih mendalam dan membongkar ketertutupan dan penyelewengan. Untuk itu,Arkoun seringkali menunjukkan jasa yang dapat diberikan oleh sejumlah  perkembangan muktakhir dalam falsafah,ilmu bahasa, dan pelbagai ilmu social barat. Namun, rasional pemikiran Barat Moden ini tetap harus digabungkan dengan angan-angan social,religious dan keterlibatan yang mencirikan dunia Islam tetapi angan-angan social itu kurang terpelihara ,bahkan kadang-kadang ditolak oleh dunia barat. Malalui pemaduan tersebut, arkoun ingin mencipta suatu pemikiran islam yang mampu menjawap tentangan-tentangan yang dihadapi manusia Muslim didunia moden dan menjadi sarana emansipasi manusia.

Arkoun menganggap bahawa turats(tradisi) dan modenisasi adalah baik. Masalahnya adalah bagaimana menyingkapi keduanya dengan adil dan bijak. Adalah salah mengutamakan(prioritas) satu hal dan merendahkan hal yang lain.Ini kerana keduanya bukan milik kita,Turats milik orang lampau dan moden milik Barat. Mengambil yang satu dan membuang yang satu lagi adalah gegabah, dan membuang kedua-duanya adalah konyol. Yang aduk dan bijak adalah bagaimana mengharmonisasikan keduanya dan tidak menyalahi akal sihat dan standard rasional.

Laskar cinta

Monday, December 19th, 2005

”…Laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta. Musnahkanlah virus-virus benci,Virus yang bisa rosakkan hati dan busukkan hati. Laskar cinta ajarkanlah ilmu tentang cinta. Karena cinta adalah hakikat dan jalan yang terang bagi semua umat manusia….”

Bahaya Islam Liberal

Friday, December 16th, 2005

Islam liberal amat membahayakan umat Islam kerana ajaran ini menggalakkan kita menggunakan akal fikiran. Inilah bahaya paling besar yang didatangkan oleh satu ajaran yang bernama Islam liberal, kononnya untuk membuka dan membebaskan minda umat Islam, tetapi sebenarnya mahu merosakkan fahaman nenek moyang kita yang telah memastikan bahawa Islam itu addin yang lengkap lagi syumul.

Kesyumulan Islam tak perlu ditambah-tambah lagi dengan perkataan liberal, hadhari, tanwiri, tulen, sebenar atau apa-apa lagi ?Islam itu sempurna dan tak perlu lagi akal fikiran kita untuk memperbaiki apa yang telah lengkap.

Islam itu sempurna walaupun kita di sini bermahzab Syafi抜 dari aliran Sunni yang berpecah dari mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki. Islam itu lengkap dan tak perlu ditokok tambah walaupun mahzab kita di sini berpecah dan ada kalanya bertentangan dengan Salafi dan Wahabi. Dan Islam itu lengkap di sini sehinggakan kita menolak aliran sufi melalui tasawuf mereka dianggap ajaran sesat - hukumannya dibubarkan tarikat mereka dan dipenjarakan pemimpin mereka.

Begitu lengkap dan sempurnanya Islam yang kita pegang sehinggakan kita bermusuhan dengan puak Syiah yang sehingga hari ini enggan menerima kedaulatan dan kesahihan pemerintahan khulafa arrasyidin Abu Bakar As-Sidiq, Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan. Di banyak tempat seperti di Pakistan dan Iraq, umat Islam berbeza mazhab saling sembelih-menyembelih antara satu sama lain.

Betapa syumulnya ajaran Islam yang diterima oleh semua umat Islam yang hari ini begitu berpecah kepada beratus-ratus puak dan kepercayaan; dan ini tidak termasuk ajaran Islam liberal dan sederhana yang kita lihat sedang cuba menyesatkan umat Islam dengan menyuruh kita menggunakan akal fikiran sendiri.

Bayangkan betapa hancurnya perjuangan jihad di Iraq hari ini yang telah berjaya membunuh ribuan rakyat Iraq sendiri jika akal fikiran digunakan untuk menilai sama ada yang dikatakan jihad ini sebenarnya wajib atau kebodohan yang amat sangat. Pasti gagal perjuangan Osama bin Laden dan konco-konconya yang dahagakan darah manusia, sama ada orang Islam atau kafir, jika Islam liberal dan sederhana membolehkan kita umat Islam berfikir sejenak untuk mengatakan serangan bunuh diri oleh pejuang jihad ini adalah kejam, zalim dan berdosa.

Maka dengan itu, kita mesti memastikan Islam liberal tidak boleh mempengaruhi pemikiran umat Islam kerana ajaran ini akan menjadikan umat Islam boleh berfikir secara bebas tanpa cengkaman dari pakar-pakar hukum fiqh dan usuluddin, yang biasanya menganggap kebebasan, hak asasi dan demokrasi itu sebagai racun kepada tamadun Islam.

Oleh itu, kita sebagai pemegang panji-panji Islam syumul serba lengkap yang berasaskan tafsiran tok guru ugama abad ketujuh masihi harus mencari apa sahaja jalan untuk menghancurkan gerakan Islam liberal. Tak kira sama pembohongan atau penipuan kerana kita yakin muslihat adalah dibenarkan oleh Tuhan untuk menghancurkan musuh.

Dengan itu kita mesti memperhebatkan kempen propaganda bahawa Islam liberal itu ciptaan Yahudi yang berniat menghancurkan Islam, walaupun kita tahu Yahudi tidak ada masa untuk perkara yang remeh sebegini kerana mereka mempunyai konspirasi yang lebih besar untuk menguasai dunia.

Walaupun bilangan orang Yahudi di dunia ini amat kecil berbanding kaum-kaum lain, kita mesti memburuk-burukkan Yahudi kerana tanpa Yahudi, sukar bagi kita untuk mencari musuh yang benar-benar jahat. Sama ada orang Yahudi itu telah banyak berjasa kepada umat manusia melalui sumbangan mereka di arena ilmu, mereka adalah musuh yang paling kita benci. Walaupun seseorang Yahudi itu menolong, membantu atau menyelamatkan umat Islam dari apa segi pun, kita mesti berusaha menghancurkan mereka, walaupun kita tidak punya banyak bukti untuk mendakwa bahawa mereka cuba menghancurkan Islam.

Kita juga mesti menyalahkan Kristian di Barat yang mencipta Islam liberal untuk melemahkan jihad umat Islam walaupun kita tahu teori ini bertentangan dengan teori Yahudi tadi kerana Yahudi dan Kristian sepatutnya bermusuh sesama sendiri. Tapi tak apa, biar pun andaian ini tidak masuk akal (ingat, akal tidak penting dalam Islam) kita harus katakan bahawa Yahudi dan Kristian, walaupun bermusuh, kini sanggup bekerjasama untuk menghancurkan Islam.

Buktinya? Kita katakan bahawa lihat saja negara Kristian seperti Amerika Syarikat (walaupun perlembagaan Amerika itu sekular dan sekularisme diamalkan dalam bidang pentadbiran, pendidikan dan apa-apa sahaja yang dianggap awam) yang sanggup membela Israel yang menjadi negara kepada orang Yahudi. Biarpun Israel itu satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi, dan hampir semua negara Arab bersifat diktator dan kuku besi , kita wajib menyokong kepimpinan Arab yang menindas rakyat Arab kerana kita saudara seagama.

Walaupun kita juga tahu Kristian di Eropah lebih bersimpati dengan orang Arab dan Islam di Palestin berbanding sokongan mereka kepada Yahudi di Israel, hal ini tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Jadi kita mesti diamkan isu ini supaya umat Islam tidak keliru dengan masalah dunia yang kompleks dan rumit. Lagipun umat Islam tidak perlu menggunakan akal fikiran untuk menangani isu-isu rumit seperti ini kerana Tuhan sudah tahu apa yang baik dan buruk untuk mereka.

Akhir sekali kita mesti menyerang habis-habisan Islam liberal kerana jika dibiarkan ia akan menang, dan apabila ia menang, hancurlah perjuangan Islam sebenar kerana buat pertama kali umat Islam akan menggunakan otak fikirannya sendiri untuk mentafsir segala-galanya termasuk soal-soal agama. Ini mesti dihalang secara bersungguh-sungguh.

Ingatlah, apabila orang Kristian di Eropah pada abad ke-15 berani menggunakan akal, mereka mula mempertikaikan kedudukan gereja dan paderi. Kemudian apabila gereja dan paderi yang dikutuk itu mula berundur, orang Kristian menggunakan akal fikiran rasional mereka pula untuk mempertikaian isi agama mereka sendiri. Akhirnya agama Kristian dikritik hebat sehingga hari ini, sehinggakan orang Kristian turut menerima hakikat bahawa kebebasan dan akal fikiran adalah ciptaan Tuhan untuk diguna pakai sepenuhnya-penuhnya kerana iman itu soal hati. Begitulah berakhirnya cengkaman pemerintahan addin di Eropah.

Kita tidak mahu tragedi yang sama menimpa Islam. Agama kita yang serba lengkap dan tak perlu dicerahkan lagi ini sudah cukup syumul. Asalkan umat Islam tidak mempersoalkan undang-undang syariah, ulamak-ulamak kita atau apa saja yang kita sudah dicap sebagai Islam, kita boleh berbicara mengenai Islam dalam ruang yang sempit ini.

Kita tidak menghalang perdebatan mengenai Islam asalkan jangan disentuh mengenai kesucian dan kebesaran Islam, Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w, para rasul, para nabi, para sahabat, para ulamak muktabar serta undang-undang Islam yang berasaskan Al-Quran yang dijelaskan oleh Sunnah serta dijamin kebenarannya melalui tafsiran dan ijmak ulamak, dan juga qiyas-qiyas yang telah ditetapkan lebih 1,000 tahun dahulu oleh ulamak-ulamak besar yang tak sepatutnya dipertikaikan oleh kita yang tak seberapa ilmunya pada masa ini.

Biarpun kita di zaman moden telah berjaya mencipta alat-alat yang memudah serta memakmurkan hidup di samping menjaga kesihatan dan memerangi penyakit serta kemiskinan, kita masih bodoh dan jahil berbanding ulamak-ulamak zaman dahulu kala yang begitu dahsyat ilmu hukum agama mereka. Jika mereka katakan sesuatu hukum itu melibatkan rejam dengan batu sampai mati, potong tangan atau kaki, atau apa sahaja yang kononnya akal Islam liberal mengatakan kejam dan zalim, kita tetap harus menerimanya bulat-bulat.

Itulah fungsi akal fikiran ciptaan Tuhan untuk umat Islam, iaitu menggunakan untuk mematuhi segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh ulamak-ulamak zaman nenek moyang kita dahulu kerana mereka pastinya golongan bijaksana yang betul-betul memahami dan menghayati ajaran-ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Kita belajar macam mana tinggi pun tak akan tercapai tahap kebijaksanaan mereka.

Oleh itu sedarlah bahawa Islam liberal dan sederhana amat berbahaya kerana ia menggalakkan umat Islam menggunakan akal fikiran sendiri untuk berfikir. Apabila akal dipakai, hancur luluh segala kepercayaan yang kita pegang sejak zaman-berzaman.
(jalantelawi.com)

Essentialist vs Non-essentialist(ke arah Islam yg terus berubah)

Thursday, December 15th, 2005

ESSENTIALIST

Orang-orang yang berpandangan bahawa Islam tak dapat berubah disebut kaum “esentialis,” merujuk kepada cara pandangan mereka dalam melihat agama ini sebagai satu-kesatuan esensial yang tak boleh diubah-ubah. Mereka berpandangan bahawa perubahan dalam Islam dianggap bukan bahagian dari Islam.

Sebahagian Orientalis seperti Lord Cromer dan para penulis Barat seperti Samuel Huntington dan Daniel Pipes berada dalam kelompok ini.

Orientalis Inggeris, Lord Cromer, menganggap bahawa perubahan dalam masyarakat Islam bukanlah bahagian dari Islam. Ini kerana dia meyakini bahawa usaha reformasi Islam bukanlah sesuatu yang Islamis. “Islam yang telah direformasi,” katanya, “bukan lagi Islam.” (Islam reformed is Islam no longer).

Begitu juga Huntington dan Pipes. Mereka menganggap bahawa Islam adalah agama yang rigid dan tak boleh berubah. Keduanya berhujah bahawa absennya demokrasi di sebahagian besar dunia Islam menunjukkan sikap resistensi Islam terhadap perubahan. Secara spesifik Pipes menunjuk doktrin bid’ah (innovation) dalam Islam sebagai konsep kunci untuk menolak perubahan.

Selain Orientalis dan para penulis non-muslim di atas, cara pandangan esentialis terhadap Islam juga dianuti oleh kalangan Islamis yang konservatif dan fundamentalistik. Mereka meyakini bahawa Islam tidak boleh dan tidak mungkin diubah.

Tokoh konservatif seperti Muhammad bin Abdul Wahab (pendiri Wahabisme) meyakini bahawa Islam harus tetap dijaga dari upaya-upaya pembaharuan, kerana pembaharuan adalah bid’ah. Yang perlu dilakukan adalah mengembalikan Islam ke zaman Nabi, seperti apa adanya.

Para pemikir Islamis seperti al-Nabhani (pendiri Hizbuttahrir) menganggap bahawa demokrasi adalah sistem bid’ah yang harus ditolak. Sementara Sayyid Qutb (tokoh Ikhwanul Muslimin) menganggap demokrasi sebagai thaghut (pengacau) yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kaum orientalis dan kalangan Islamis, meskipun keduanya kerap bertentangan dan mungkin juga saling bermusuhan, bertemu dalam cara pandang mereka terhadap Islam. Keduanya menolak pembaruan Islam, karena bagi mereka: “Islam yang telah diperbaharui adalah bukan lagi Islam.”

NON-ESSENTIALIST

Sementara itu, orang-orang yang berpandangan bahawa Islam dapat berubah disebut kaum “non-esentialis,” kerana menganggap bahawa tak ada sesuatu yang benar-benar esential dari Islam. Sama seperti agama-agama lain, Islam adalah sebuah produk sejarah yang muncul dan berkembang dalam konteks kesejarahan manusia.

Tidak ada ajaran mahupun doktrin Islam yang sepenuhnya bertahan. Ia berubah dan menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman dan keadaan. Sebagai agama universal, salah satu modal dasar Islam untuk menyesuaikan diri adalah perubahan. Jika Islam menolak perubahan, maka sesungguhnya ia melawan dan bertentangan dengan kudratnya sendiri sebagai agama universal.

Sebagian besar pembaru muslim, sejak al-Thahtawi, Muhammad Abduh, Ali Abd al-Raziq, hingga Muhammad Arkoun dan Nurcholish Madjid, adalah orang-orang non-esensialis yang percaya bahawa Islam dapat berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Berbeza dengan Lord Cromer dan kaum Islamis, bagi mereka “Islam reformed is still Islam.”

Sebagian penulis Barat seperti John L. Esposito, Leonard Binder, dan John Voll, boleh juga dianggap “non-esensialis.” Mereka semua percaya bahawa Islam dapat menerima demokrasi, liberalisme, dan konsep-konsep modern yang datang dari luar Islam.

Penulis lebih sependapat dengan kaum “non-esensialis” itu, berbanding dengan para orientalis dan kalangan Islamis yang ingin tetap menyaksikan Islam original, rigid, dan tak peduli dengan perubahan di sekelilingnya. Bagi penulis, Islam yang dinamik dan terus berubah lebih menarik berbanding dengan Islam yang tetap, yang hanya menarik untuk objek kajian para Antropolog dan Orientalis. [Luthfi Assyaukanie]

Mohammed Arkoun - “Islam Kontemporer: Menuju Dialog Antar agama”

Thursday, December 15th, 2005

SIRI 1

Recently, i had brought a book written by Mohammed Arkoun. The books’ title is "Islam Kontemporer: Menuju Dialog Antar agama". Later, i will write a little bit about the book in this blog but firstly i want to start with the authors’ profile.

Mohammed Arkoun was born in Taourirt-Mimoun, a town in Grande Kabylie in Algeria. He spent his primary education in Taourirt-Mimoun and his secondary education in Oran. He majored in philosophy in Algeria and France at the University of Sorbonne. He lectured Arabic language in Paris in 1956, and he attained his PhD in philosophy at the University of Sorbonne in 1968. From 1961-1991, Dr. Arkoun was a lecturer at Sorbonne and a visiting lecturer at the following universities:

·         Wissenschaftskolleg (Berlin 1977-1979)
·         Prinston University (USA 1992-1993)
·         Los Angeles (1969)
·         Prinston (1985)
·         Lofan Laneef (1977-1979)
·         Pontificial d’ Etudes Arabes (Rome)
·         Philadelphia (1988-1990)
·         Amsterdam (1991-1993)
·         New York university (2001-2003)
·         Edinburgh-Gifford Lectures (2001)
·         An advisor on Islamic Studies at the Congress library since 2000.

Occupation and current activities

Dr. Mohammed Arkoun is a retired lecturer at the Sorbonne. He is also a member and a visiting lecturer at the board of directors in the Islamic Institute in London. In addition to that, he is scientific director at the Magazine ARABICA (Brill, Leiden) since 1980. He is on the board of directors of the arbitration committee for Aga Khan d’Architecture between 1989-1998. From 1995 to 1998 he was member of the High Council for Family and population. Between 1990 and 1998 he was member of the National Committee for Ethics, Philosophy of Life (Weltanschauung) and Health. In 2002, he was a member of the international jury of the UNESCO Prize for the promotion of peace and a member of the arbitration committee for the Arabic/French prize in 2002, which was established by the Arab ambassadors in France. He ist member of the scientific council of the International Centre for the Study of the People of Byblos (Lebanon). He is a member of the committee for laicism in France (2003).

Prizes and Trophies

Officer of  Ehrenlegion,  Officer of Palmes académiques.
Lévi Della Vida for Middle Eastern Studies, University of California, Los Angeles 2002
Honourary Doctor from the University of Exeter

Publication by the writer Arkoun

-  Arab Thought, éd. S.Chand, New-Delhi 1988;
-  Rethinking Islam : Common questions, Uncommon answers, today, Westview Press, Boulder 1994. 
-  The concept of Revelation: from Ahl al-Kitâb to the Societies of the Book-book, Claremont Graduate School, Ca.,1988;
-  The Unthought in Contemporary Islamic Thought, London 2002.

Masih Tetap Tersenyum

Wednesday, December 14th, 2005

Rupa-rupa alasan kamu,untuk tetap tinggalkan aku.
rupanya kamu memang, sudah tak cinta aku.
cintamu yang berbisa, bisa racuni aku.
Bisa-bisanya kamu, mahu tinggalkan aku..

Ketika keretaku tak datang lagi
Menjemput cintaku yang telah lama mati,
Seperti layaknya bintang.. tak bersinar
Namun aku masih tetap tersenyum.

Ketika kekasihku meninggalkan aku
Ku tak tahu kemana dia telah pergi
Tak tersentuh, tak terjamah, tak kudengar lagi
Namun aku masih menikmati hidup…

Siapakah Gerangan Dirinya?

Monday, December 12th, 2005

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin dapat kau rindu.

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu dapat kau sentuh
Aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu

Hanya dirimu yang dapat membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang…….
dan sepi…

_____________________________________________

lagu yang menemani hidupku…
lagu yang menjadi saksi kehidupanku…
di kala aku sedang gembira, sedih, patah hati, dan tentu saja… jatuh cinta.

Jalaluddin al-Rumi - Sang putera cinta

Sunday, December 11th, 2005

Siri 1:

Nama sebenar Jalaluddin Rumi adalah Muhammad Jalaluddin. Namun ada pula yang mengatakan, Jalaluddin Muhammad bin Muhammad al-Balkhi al-Qunuwi. Beliau dilahirkan pada tanggal 6 rabi’ al-awwal 604H atau bersamaan dengan 30 September 1207M. Beliau dilahirkan di Balkh iaitu termasuk wilayah kerajaan Khawarizm, di Parsi utara. Pada waktu sekarang Balkh(Bachtra) termasuk negara Afganistan. ia terletak disebelah timur laut Kabul, antara Kabul dan Samarkand. Pada saat itu kota ini berkembang baik di bawah kekuasaan Muhammad,Shah terbesar dari dinasti Khawarizm, yang kekuasaannya sebagaimana digambarkan oleh E.G Browe, meliputi pergunungan Ural di sebelah utara sampai teluk Parsi di sebelah selatan, dan dari sungai Indus di sebelah timur sampai ke sungai Eufrat di sebelah barat.

Ayah Jalaluddin Rumi bernama Bahauddin Walad. Manakala abangnya bernama Husen al-Katibi. Abang Rumi ini kemudiannya mengahwini dengan puteri raja Alauddin Muhammad al-Khawarizmi. Salasilah keturunan ayahanda Rumi sampai kepada Abu Bakar al-Siddiq manakala di sebelah ibundanya pula bertemu dengan Ali bin Abi Talib.Bila dilihat akan salasilah keturunannya, al-Rumi adalah keturunan keluarga terhormat.

Ayahnya adalah Khatib,Faqih serta sufi terkenal dan terhormat, yang salsilah spiritualnya bersambung kepada Ahmad al-Ghazali, seorang syeikh sufi terkenal dalam kurun abad awal, sekaligus merupakan adik kepada sang Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Bahauddin adalah seorang pakar dalam berbagai ilmu keislaman eksoteris mahupun esoteris. sebagai guru ilmu esoteris, beliau mengajarkan hukum Islam(syariah) di berbagai masjid dan tempat umum lainnya. Beliau disegani oleh masyarakat dan digelar Sultan al-Ulama(raja para ulama`).

Bahauddin adalah pengikut aliran sunni yang sangat setia mempertahankan nilai-nilai tradisional Islam dan kemungkinan besar termasuk aliran Asy’ariah seperti dikatakan oleh Reza Arasteh, banyak dipengaruhi oleh Abu Hamid al-Ghazali. Latar belakang teologis inilah barangkali menyebabkan bahauddin tidak hormat kepada sultan, ketika diketahui terakhir kemudian, mengikuti aliran syi’ah dan berkali-kali terlibat dalam mengecam kebijakan-kebijakan politik sultan yang banyak dipengaruhi oleh kaum rasionalis.

Menurut Aflaki, salah seorang murid cucu Rumi, yang bernama Arif, Bahauddin menyerang inovasi sultan yang sedang berkuasa, Muhammad Qutb al-Din Kawarazimsyah, yang mempertahankan kekuasaannya di sebelah timur laut Persia, Transoxania, sehinggakan mendapat antipati sang Sultan. Ada versi lain yang menyatakan bahawa Bahauddin meninggalkan negerinya, kerana pengaruhnya yang sangat meluas di kalangan masyarakat sehinggakan ada segolongan para ulama` yang iri hati terhadapnya. Ulama` tersebut telah melontarkan fitnah dan mengadukannya kepada penguasa diwaktu itu. Ada pula yang mengatakan bahawa Bahauddin telah mendengar berita penjajahan Jengis Khan yang biadap dan mengerikan, dan karena itulah penguasa diwaktu itu mengsyariatkan agar dia menginggalkan negerinya.

Pada tahun 1219M, ketika Rumi 12 thn, ayahnya, Bahauddin secara tiba-tiba bersama-sama keluarganya meninggalkan Balkh. Kota pertama yang mereka singgahi adalah Nisyabur. Disinilah Rumi bertemu dengan Fariduddin Attar Agung, yang ketika itu lanjut usianya. Kerana hormatnya kepada Rumi, Attar memberikan sebuah karya mistisnya sebagai hadiah, "Asrar Nameh"(buku rahsia) dan mengamalkan masa depan Rumi sebagai tokoh spirutual besar dan Sihabud al-Din al-Suhrawardi sebagai tokoh ilmunasionis yang terkemuka.

Shine on, shine on

Friday, December 9th, 2005

Shine on, shine on

Let’s make harmony

For a better future

Make harmony

And let the world

Become a far more beautiful place

For our children

These lyrics implicitly illustrate how relations between members of various religious communities can be good and healthy.  Whatever our religious convictions, we must peacefully unite to make life on earth more lovely and diverse.  There will always be differences, but that’s the beauty of the world.  It’s precisely that beauty that gives us life.