Archive for February, 2006

Akulah si pemohon

Tuesday, February 28th, 2006

Akulah si pemohon yang mengajukan permohonan padamu,
kepedihan yang timbul kerana sihirmu itu telah memikatku,
kaulah matahari matamu, keduanya cemerlang dengan cahayamu,
kalau aku memalingkan darimu, kepada siapa aku melihat?
Aku takkan goyah meskipun kau perlaku kejam,
dengan tetap tak goyah, kau pun akan menjadi lunak.
Cintawanita01 - al-rumi -

Tuesday, February 28th, 2006

"Jangan kita jijik pada perkataan akal, seolah-olah akal bertentangan dengan wahyu. Akallah yang membedakan hadis palsu dari hadis benar, sunah palsu dari sunah benar, tafsir salah dari tafsir benar, fikiran maju dari fikiran buntu, pendapat sesat dari pendapat tepat, kupasan mendalam dari kupasan cetek, fikiran gigih dari fikiran lembap, dan ucapan merendah diri dari ucapan angkuh."

-Prof.Dr.Syed Hussein Alatas

Sesat dan menyesatkan..

Monday, February 27th, 2006

1 Di sinilah saya hendak menegaskan sebuah pendirian bahawa yang memiliki otoriti untuk menyatakan bahawa sebuah pandangan disebut sesat dan menyesatkan tidak lain adalah Allah sendiri. Allah lah yang akan memutuskan di akhirat kelak tentang pandangan-pandangan yang dianggap menyimpang atau tidak. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, inna rabbaka huwa yafshilu baynahum yawmal qiyamah fi ma kanu fihi yakhtalifun (sesungguhnya Tuhanmu yang akan mengambil kata putus atas perselisihan yang berlangsung di antara mereka, kelak pada hari kiamat).

Di tempat yang lain, Allah SWT berfirman, inna rabbaka huwa a’lamu biman dlalla ‘an sabilihi wa huwa a’lamu biman ihtadza (sesungguhnya Tuhanmu adalah yang paling tahu perihal seseorang yang tersesat dari jalanya dan yang mendapatkan petunjuk).

Dengan ayat-ayat tadi, cukup jelas bahawa tidak ada seseorang yang boleh mengambil kedudukan Tuhan sebagai hakim atas pelbagai jenis pandangan atau tafsir yang muncul di tengah umat Islam. Itu adalah hak prerogatif Allah yang tidak boleh dirampas oleh sesiapapun.

Mungkin Tuhan sengaja tidak menyerahkan peranan kehakiman tersebut kepada manusia atau ulamanya kerana ianya boleh disalahgunakan untuk tujuan-tujuan politik, ekonomi, dan lainnya. Sehingga, tugas untuk menjatuhkan hukum atas para penafsir agama yang menyimpang itu tetap berada dalam genggaman Allah, dan tidak pernah didelegasikan kepada para ulama.

Tambahan pula, Islam adalah salah satu agama yang tidak mengenal hirarki, termasuk mengenai perkara pemaknaan ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda la rahbaniyyata fi al-Islam (tidak ada [hirarki] kependetaan di dalam Islam). Salah satu pengertian dari hadits ini adalah bahwa tafsir yang dikeluarkan oleh kelompok minoriti tak boleh dibatalkan oleh tafsir majoriti. Tafsir majoriti tidak berada dalam posisi yang lebih tinggi berbanding tafsir minoriti. Dalam dunia penafsiran, keduanya adalah setara. Kaedah fiqh yang amat popular, mengatakan al-ijtihad la yunqadhu bi al-ijtihad (ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad yang lain).

Sebuah tafsir adalah sah, jika ianya tidak memerintahkan seseorang untuk melakukan tindakan kekerasan. Akhirnya, janganlah sewenang-wenangnya menjatuhkan “label” sesat-menyesatkan kepada orang lain, kerana itu adalah hak Allah dan bukan hak manusia! 

-Artikel oleh Abdul Moqsith Ghazali-

                                                

Tudung

Sunday, February 26th, 2006

Amaran kepada semua pelajar perempuan: Jangan pakai tudung senteng! Kalau tidak mahu tudung anda digunting, elok pakai tudung labuh. Faham?

Tetapi kalau tidak bertudung, cikgu? [sambil angkat tangan] Bagaimana? Nak gunting apa (atau, siapa) pula?

Bl_02   Enam puluh lima pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Kuala Krau, Pahang menerima padah apabila tudung mereka digunting oleh guru disiplin.

Kejadian itu berlaku di dewan perhimpunan sekolah berkenaan Rabu lepas. Tiga guru disiplin wanita mengarahkan semua pelajar perempuan berhimpun di dewan untuk diperiksa.

"Mereka kemudiannya menggunting tudung 65 pelajar kerana mendapati ia tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah," kata wakil rakyat Kuala Krau, Ismail Mohd Said kepada Bernama (Jumaat, 24 Feb).

Sekolah berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan garis panduan sendiri, berbeza daripada peraturan kementerian, kepada para pelajar mengenai cara berpakaian yang dibenarkan.

"Garis panduan tersebut menggariskan semua pelajar perempuan beragama Islam hanya dibenarkan memakai tudung labuh dari jenis bulat yang lazimnya digunakan oleh pelajar sekolah agama," cerita wakil rakyat itu lagi.

"Ini berbeza dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, yang mensyaratkan pelajar perempuan Islam yang ingin bertudung, mengenakan tudung berbentuk segi tiga atau skaf."

Petikan dari http://www.patahbalek.blogspot.com

Keganasan dalam sejarah Islam

Saturday, February 25th, 2006

SIRI 1 : Keganasan dalam sejarah Islam

SERANGAN ganas yang luar biasa pada 11 September 2001 pada bangunan World Trade Center di New york dengan kira-kira 5,000 mangsa, kurang-lebih daripadanya 500 orang Islam, telah mengejutkan seluruh dunia dan menimbulkan kesedaran meluas mengenai keganasan dan usaha untuk mencegahnya.

Istilah global untuk keganasan demikian adalah terrorism dalam bahasa Inggeris. Asalnya daripada bahasa Latin, terrere, yakni menakutkan. Istilah yang kita gunakan, keganasan kurang tepat kerana terrorism itu bukan keganasan semata-mata tetapi keganasan yang tertentu. Eloklah kalau kita gunakan istilah terorisme. Andai kata terus juga kita gunakan istilah keganasan, baiklah ertinya difahami sebagai terorisme.Images

Ciri-cirinya keganasan adalah demikian:

(i) Tujuan utama menggulingkan kerajaan ataupun mengadakan kerosakan dan pembunuhan yang menyebabkan ketakutan secara terancang.

(ii) Segala cara dibolehkan asal sahaja tujuan mengesahkannya.

(iii) Serangan diselenggarakan secara rahsia untuk menimbulkan kejutan takut.

(iv) Tumpuan besar pada melemahkan semangat supaya menyerah.

(v) Ugutan, rampokan, penipuan, semua digunakan sebagai cara bertindak.

(vi) Mereka yang terlibat akan diperkuat keazamannya dengan dakwah keganasan yang berkesan.

Biasanya keganasan disebabkan oleh tiadanya daya untuk melawan musuh dengan cara biasa. Yang dianggap musuh terlalu kuat hingga tiada lain jalan melainkan mengganas.

Dalam sejarah Islam aliran keganasan mula muncul pada masa khalifah Saidina Ali yang telah gugur dibunuh oleh seorang pengganas Abdul Rahman Ibn Muljam di Kufa pada tahun 661 Masihi.

Ibn Muljam adalah anggota kumpulan Khawarij yang falsafahnya mengizinkan keganasan dan pembunuhan sesama manusia walaupun mereka itu muslim. Golongan Khawarij ini mentafsirkan Islam demikian rupa sehingga Saidina Ali pun dianggap kafir dan patut dibunuh.

Sebelum itu dua khalifah, amirulmukminin, Islam telah wafat terbunuh, iaitu Saidina Umar dan Saidina Usman.

Saidina Umar dibunuh oleh seorang hamba atas salah faham si pembunuh. Saidina Usman dibunuh oleh pemberontak yang mengepung dan menyerang rumahnya.

Kedua-duanya ini bukan terorisme, bukan pembunuhan keganasan yang dirancang sebagai usaha mencapai cita-cita.

Pembunuhan keganasan bermula dengan Saidina Ali, kerana ini telah dirancang untuk melaksanakan cita-cita golongan pengganas Khawarij.

Pendapat yang sama telah dimajukan oleh Fatima Mernissi, ahli sosiologi Morocco dalam bukunya Islam and Democracy, 1992. Masalah timbul dan menerusnya aliran mengganas dalam sejarah Islam penting diperhatikan kerana arusnya masih terus bergerak di bawah sungai dalam bentuk dan sifat yang berlainan tetapi dengan jenis pemikiran yang sama.

Aliran keganasan yang dipelopori oleh golongan Khawarij timbul daripada peperangan Siffin pada tahun 657 Masihi.

Daripada keadaan perang timbul usaha untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak dengan mengangkat dua orang, satu daripada satu pihak, untuk memutuskan siapa yang mesti jadi khalifah daripada pihak yang benar. Ada satu golongan yang menentang tribunal manusia berdua tadi dengan dasar la hukma illa lillahi (tiada hukum melainkan dari Allah).

Seterusnya mereka keluar dan memisahkan diri daripada golongan Muawiyah dan Saidina Ali, serta memberontak terhadap pemerintahan Saidina Ali, yang akhirnya mengambil tindakan memerangi mereka, di Nahrawan pada tahun 658 Masihi, di mana mereka kalah teruk.

Fanatisme keterlaluan mereka dinyatakan melalui proklamasi-proklamasi dan tindakan keganasan. Mereka membantah Saidina ali sebagai khalifah, tidak ingin mendapatkan pembunuh Saidina Usman yang juga disalahkan oleh mereka, dan seterusnya menganggap semua yang tidak menganut fahaman mereka kafir dan berada di luar hukum dan boleh dibunuh.

Mereka telah membunuh beberapa orang termasuk perempuan. Keganasan demikian menyebabkan Saidina Ali bertindak terhadap mereka, yang menganggap dirinya sebagai golongan Islam yang sejati, yang memperjuangkan Islam sebenarnya.

Mereka merancang membunuh Muawiyah, Amr bin al-As dan Saidina Ali. Mereka menganggap ketiga-tiga mereka ini telah menyalahi Islam kerana mempertarungkan kedudukan khilafat.

Menurut mereka, seorang khalifah mesti dipilih daripada golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam. Mereka menerima Abu Bakar dan Umar tetapi menolak yang lainnya.

Dalam fahaman mereka, seorang yang dianggap berdosa besar boleh dianggap murtad dan boleh dibunuh. Mereka juga melarang dengan keras segala hiburan dan sesiapa yang melakukannya boleh dikenakan hukuman bunuh.

Benarlah kata penulis dan penganjur Islam yang terkenal, hakim Syed Amir Ali dari India, bahawa pelampau-pelampau ini mempunyai golongan serupa dalam kepercayaan-kepercayaan lain (Syed Amir Ali, A Short History of The Saracens, 1926).

Pemberontakan dan keganasan kaum Khawarij telah seterusnya mencabar kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbas.

Kepercayaan-kepercayaan mengganas yang lainnya walaupun tidak menggunakan nama yang sama ataupun golongan yang sama timbul di berbagai-bagai tempat dengan watak yang serupa, yang dimaksudkan oleh Syed Amir Ali.

Aliran Khawarij ini sebagai gerakan menentang negara telah dipatahkan oleh kerajaan Bani Umaiyah melalui al-Hajjaj dan seterusnya lenyap di zaman Bani Abbas sebagai tentangan politik walaupun kepercayaan agamanya masih berterusan benihnya.

Sehubungan dengan ini muncul gerakan keganasan berasal daripada golongan Nizari Ismaili sekitar kurun sebelas Masihi.

Pada tahun 1090 Masihi, Hassan al-Sabah pemimpin golongan ini telah merebut kubu pertahanan di gunung alamut di Farsi dan beroperasi dari atas gunung ini yang susah ditawan oleh pihak berkuasa.

Pusat ini hanya dapat dimusnahkan oleh tentera perang Tartar pada tahun 1256. Ia dapat beroperasi selama 166 tahun sebagai pusat perancangan ganas dan latihan-latihan anggotanya.

Kata Inggeris assassin berasal daripada Latin assassini. Ia berasal pula daripada bahasa Arab hasysyasyin yakni, pengguna hasyisy, sejenis daun yang bercandu. Dipercayai bahawa golongan ini menggunakan daun ini untuk melunakkan sikap ahli-ahlinya supaya mudah dikawal dan menjalankan perintah dengan taat.

Daripada berita-berita pada masa itu dipercayai bahawa yang telah dilatih (fida’i) sanggup melemparkan diri ke dalam jurang gunung atas perintah pemimpinnya. Mereka menyeludup dan bergerak secara rahsia untuk melaksanakan tugas membunuh.

Telah dirancang bahawa yang menjalankan tugas itu juga akan mati setelah membunuh. Kejayaan mereka membunuh agak menyolok mata dengan cara serangan bunuh diri bagi membunuh musuh.

Di antara mangsanya wazir kerajaan Salyuk yang terkenal Nizam al-Mulk yang dibunuh pada tahun 1091 Masihi kerana beliau mencuba menawan markas Hassan Sabah di Alamut.

Nizam al-Mulk adalah teman sekolah Hassan Sabah. Saudara dan anaknya juga dibunuh oleh Hassan Sabah. Demikian juga sultan Malik Shah dari Mesir, dua khalifah Abbasiyah dan beberapa ratus atau ribu orang lainnya.

Di Syria, pemimpin-pemimpin Kristian jadi tumpuannya. Sultan Salahuddin al-Ayubi yang ternama dan besar jasanya terhadap Islam hampir terbunuh oleh pihak pengganas ini, yang dinamakan golongan Talimiyah.

Nyatalah keganasan bukanlah satu hal yang baru dalam sejarah Islam. Dari awalnya sekali masyarakat Islam telah dapat memisahkan antara Islam dan keganasan.

Pemikiran tentang hal ini mesti bermula dengan pendapat dan huraian Saidina Ali iaitu orang pertama menghadapi masalah ini dan menjadi mangsa keganasan terancang.

Beliau memisahkan antara pengikut pengganas dan pengganas yang sejati, yang sifatnya tidak dapat dirobah. Watak mereka ini yang berterusan boleh terdapat dalam sejarah.

Soalnya jangan sampai mereka bertambah kuat atau berkuasa. Selama mereka tidak mengganggu ketenteraman biarkan sahaja. Saidina Ali juga mengalami kegagalan berbahas secara ilmiah dan logik dengan mereka.

Pembunuhan, perosakan harta benda, rompakan, ugutan, penyeksaan, dan penipuan secara terancang dan rahsia, yang ditutupi oleh selendang cita-cita murni, bukanlah cara perjuangan yang dianjurkan oleh Islam.

Demikian juga Islam tidak menghendaki sifat pimpinan yang ganas, menekan dan menghalang kemajuan perempuan, menyekat permainan muzik dan hiburan-hiburan yang baik, menggalakkan agama dengan paksaan hukum secara kasar, melarang perempuan bersekolah, bawa motokar atau bekerja, dan paling jijik sekali, menganggap mereka yang tidak sependapat dengan alirannya, kafir.

Dr_syed_hussein20alatas_1

Tulisan: Profesor Dr. Syed Hussein Alatas

Puak fundamentalis tekan Muslim Eropah

Friday, February 24th, 2006

www.sariberita.blogspot.com

Saudara, apa yang terjadi di Denmark sehingga surat khabar Jyllands Posten memuat karikatur Nabi Muhammad yang menghina itu?

GOENAWAN: Saya kira itu pertanyaan penting saat ini. Kita perlu meneliti atau menelaah bagaimana latar belakang masyarakat Denmark, karena memang surat khabar yang memuat karikatur itu mula-mula ditujukan untuk khalayak Denmark. Surat khabar itu juga berbahasa Denmark yang hanya dipahami oleh orang yang sangat terbatas.

Dua tahun lalu, saya bersama KH Hasyim Muzadi, Ketua Umum Pengurus Besar Nahdhatul Ulama (PBNU), kebetulan diundang ke Denmark. Hasyim diminta menjelaskan tentang Islam Indonesia, sementara saya menjelaskan mengenai kebudayaan Indonesia. Dari kunjungan singkat itu kelihatan bahwa di Denmark memang ada suasana tidak toleran terhadap imigran, terutama yang datang dari Pakistan, dunia Arab, dan Turki, yang kebanyakan beragama Islam, miskin, dan punya masalah sosial sebagai orang miskin. Di antara masalah yang mereka hadapi adalah pengangguran dan bahkan gejala-gejala rasialisme.

Pemerintah Denmark telah berusaha meredam itu, antara lain dengan mendatangkan orang-orang seperti kami. Pemerintah yang sekarang tampaknya memang harus memperhatikan suasana yang bergerak ke arah anti-asing. Itu mungkin karena angka jenayah yang meningkat, yang sebetulnya tak berhubungan dengan Islam, tapi dengan tingkat kemiskinan.

Nah, saya kira, karikatur itu dibuat oleh orang yang memang punya pandangan perkauman; orang yang mau melecehkan minoriti. Kalau melihat karikatur itu—saya mendapatkannya dari internet—tampak sekali kalau arahnya menuju pengulangan stereotipe; mengulangi klise mengenai orang Arab dan orang Islam yang sangat menghinakan. Jadi, karikatur itu lebih dari sekadar penghinaan yang ditujukan kepada Nabi. Sebab kita tahu, Nabi tidak bisa dihina, karena beliau sudah cukup mulia untuk merasa terhina dengan cara seperti itu. Saya kira, yang disasar adalah penghinaan atas kaum minoriti yang lemah. Justru karena itu, karikatur itu perlu dikutuk sebab mencerminkan ketidakadilan dan semangat kebencian.

Karikatur itu terbit sejak September 2005, tapi mengapa kontroversinya baru terjadi minggu-minggu belakangan?

SAYA kira inilah sebuah paradoks dalam globalisasi informasi. Dalam globalisasi iformasi, berita, gambar atau musik, bisa melintas perbatasan dengan cepat sekali, pada detik yang sama. Tapi di saat yang sama, informasi itu bisa saja sebenarnya ditulis untuk publik atau khalayak yang terbatas. Kita tahu, informasi itu ditulis dalam bahasa Denmark—dan siapa penduduk dunia yang mengerti bahasa Denmark kecuali 4 juta orang Denmark? Mungkin memang perlu waktu untuk sampai ke negeri lain.

Tapi saya kira, orang yang membuat karikatur itu tidak menyadari, dan memang sukar menyadari, bahwa globalisasi informasi memungkinkan lepasnya konteks, baik konteks pendengar maupun pembuat. Jadi misalnya, pembuat karikatur yang ada di Cengkareng yang tiba-tiba dimuat di internet, mungkin sekali tidak tahu kalau karyanya akan dibaca orang di Peru sana. Tentu saja dia tidak berpikir ke sana, sebab dia mungkin berpikir hanya untuk konsumsi masyarakat setempat.

Karena itu, karikatur Jyllands Posten itu bisa saja bukan untuk khalayak muslim sedunia, tapi untuk memperkuat rasialisme, semangat anti-asing di masyarakat Denmark saja. Tapi karikatur itu mungkin saja juga sangat ditentukan oleh corak politik dalam negeri Denmark sendiri.

Salah satu karikatur itu mengasosiasikan Nabi Muhammad seperti seorang teroris yang bersorban dengan pemantik bom. Apakah itu bagian dari reaksi orang Denmark atas perkembangan umat Islam yang juga mengkhawatirkan mereka?

WAJAH Islam di Eropah memang ada dua. Ada wajah yang diwakili kekerasan, kebrutalan, dan tidak toleran, dan ada pula yang memberikan pencerahan seperti yang dibawakan Tariq Ramadan, cucu Hassan Al-Banna. Di sana dua-dua corak itu kuat sekali. Di samping itu, Eropah sekarang sedang mengalami masalah unik, yaitu derasnya arus masuk pendatang dari dunia ketiga, terutama dari Afrika dan Arab, sehingga penduduk Eropah yang asli makin lama makin sedikit.

Dalam pola pertumbuhan penduduk, orang-orang tua menjadi lebih banyak, sementara yang muda tambah sedikit. Makin lama, penduduk yang disebut asal—kita tidak tahu apa ada yang asal di muka bumi—makin sedikit. Itu antara lain disebabkan datangnya gelombang pendatang yang luar biasa. Dan menurut seorang penulis Italia, gerakan migrasi penduduk ini lebih besar dari yang pernah ada di zaman Mongol dulu.

Jadi ada soal perimbangan demografis yang cukup mengkhawatirkan?

TIDAK hanya itu, tapi juga persoalan sosial-ekonomi. Memang ada kekhawatiran kalau persoalan demografi akan mengubah budaya Eropah, terutama karena nilai-nilai yang dianut para pendatang dan penduduk setempat memang berbeda. Kehidupan sosial-ekonomi juga dianggap mulai terancam. Kalau lapangan pekerjaan mulai diambil pendatang, di sinipun orang akan marah.

Tapi secara umum, Eropah memang belum menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Di sisi lain, kalangan pendatang seperti orang Islam ataupun Hindu, tidak serta-merta bisa berintegrasi dengan masyarakat setempat. Ini terutama karena begitu bertemu dengan orang yang berbeda, kita cenderung memperkuat identiti masing-masing. Itu terjadi juga di seluruh kawasan Eropah. Jadi orang yang tadinya belum ‘Islam betul’, tiba-tiba menjadi ‘Islam betulan’, dan orang yang tadinya ‘anti-Islam’, kini berubah ‘anti-Islam betulan’. Ketegangan ini memang sekarang terasa betul di Eropah.

Apakah kemarahan umat Islam di banyak tempat karena kemelimpahan dari globalisasi informasi atau karena menguatnya sayap politik Islam?

DUA-duanya. Pertama, kita harus ingat bahwa sekarang arus informasi menjadi sangat mudah menyebar luas. Perasaan orang yang di Tuban dan perasaan orang di Copenhagen tentu saja berbeda. Itu tidak selalu kita sedari. Yang di Tuban mungkin merasa orang Copenhagen menghina mereka, sementara yang di Copenhagen tidak tahu kalau apa yang mereka lakukan akan dibaca orang Tuban, sehingga mereka merasa terhina. Jadi ada perubahan teknologis yang menyebabkan itu terjadi.

Sementara itu, kemilitanan Islam dan fundamentalisme agama kini memang sedang meningkat. Tidak hanya di Islam. Anda ingat, gejala itu juga terjadi di Hindu. Di Gujarat sana, ada masjid yang dibakar. Anehnya, orang Islam di sini tidak marah, tapi justru secara berlebihan memarahi novel Satanic Verses karya Salman Rushdie yang tidak membakar masjid. Di Bosnia, dulu juga ada masjid yang sudah puluhan tahun dihancurkan kaum militan kanan Serbia. Tapi kita tidak bereaksi. Aneh itu.

Tapi mungkin, apa yang terjadi sekarang juga mencerminkan bahwa yang dilihat sebagai ancaman oleh umat Islam pada umumnya adalah apa yang disebut Barat, meski tidak juga pernah jelas apakah Barat yang dimaksud di situ.

Anda melihat reaksi umat Islam sudah berlebihan?

YA. Ada ketidakadilan di situ. Misalnya, saya melihat restoran milik orang Islam di Singapura atau Filipina yang menulis bahwa “warga Denmark tidak diterima!” Kalau ditanya secara usil, bagimana dengan warga Denmark yang muslim? Kan banyak juga yang muslim. Di Eropah umumnya, pertumbuhan Islam besar sekali. Karena itu, kalau kita menggeneralisasi negeri-negeri Eropah bertanggungjawab atas karikatur itu, ya salah. Kalau pemerintah Denmark mendukung karikatur itu, juga salah, apalagi pemerintah-pemerintah lain. Tapi saya dengar, Menteri Luar Negeri Inggeris menghargai media Inggeris yang tidak memuat karikatur itu.

Saudara melihat semacam bentrokan peradaban antara negeri-negeri Eropah yang menjunjung tinggi kebebasan berekspresi dengan kaum muslim yang sangat reaktif dan cepat tersinggung soal agama?

SAYA kira tidak. Beberapa surat khabar Eropah juga tak berminat memuat karikatur itu. Saya membaca editorial The Age, di Melboure, Australia. Di situ dikatakan: “Kami tidak mahu memuat, karena karikatur itu tidak layak. Tapi itu bukan berarti kami menyetujui tapisan!” Jadi ada dua hal berbeda yang diungkap di situ.

Pertama, kita tidak boleh memuat karikatur-karikatur buruk, sebab mungkin saja ia akan menyebarkan kebencian. Bagi saya, karikatur itu mirip karikatur tentang Yahudi di masa Hitler dulu. Ketika itu, ada wabah kebencian terhadap orang Yahudi yang digambarkan berjanggot, pakai puang, dan berhidung bengkok. Karikatur itu digunakan Hitler untuk menghabisi orang Yahudi.

Tapi kadang saya juga bertanya, bagimana orang mau menggambar Nabi Muhammad kalau mereka sendiri tak pernah melihatnya? Karena itu, yang digambarkan sebetulnya adalah stereotipe tentang orang Arab, orang Islam. Ini cara penggambaran yang buruk. Nah, surat khabar The Age menolak itu.

Tapi saya kira, semua umat Islam juga perlu menyadari bahwa seandainyapun 90 peratus surat khabar dunia tak memuat karikatur itu, kita tetap saja bisa mendapatkannya lewat internet. Buktinya, saya dapat dari internet. Karena itu, aksi menyiarkan berita ini, seperti dilakukan sebuah tabloid di Bekasi, mungkin tidak bermaksud jahat. Maksudnya mungkin ingin menunjukkan: “Inilah karikatur yang membuat kita marah!”

Jadi, kita boleh dan memang layak marah pada karikatur itu, tapi juga harus bersikap adil kepada orang-orang yang tidak terlibat. Itu sesuai dengan prinsip Al-Quran bukan?

Apakah ini bagian dari senario untuk mengenyahkan orang Islam dari Eropah?

SAYA tidak menganggap itu bagian konspirasi ataupun senario. Tapi bahwa ini mencerminkan sikap perkauman orang Denmark terhadap minoriti Islam, terutama Arab dan Afrika, saya kira, ya. Itu memang penyakit yang melanda Denmark dan beberapa negara Eropah saat ini. Menurut saya, itu bentuk kemerdekaan media yang tidak layak dipakai, karena telah menyebar kebencian. Itu setara dengan ketidaklayakan kita menyebar kebencian atas orang Cina, Yahudi, hitam, Jawa, atau Minang. Itu semuanya tidak benar.

Karena itu, mengapa kita harus merosak kedutaan Denmark? Kita juga harus berempati pada kaum muslim Denmark. Lebih dari itu, tak semua warga Denmark setuju dengan karikatur itu, dan banyak sekali warga Denmark yang membenci kaum yang rasis.

Saudara, tampaknya ada dua reaksi yang kita lihat saat ini. Reaksi kaum muslim di Eropah, dan di negara-negara mayoritas muslim. Saya melihat, orang-orang Islam Eropah lebih santun menanggapi soal. Komentar Anda?

SAYA tidak mengikuti. Tapi wajar kalau mereka yang di Eropah sana bersikap sesuai hukum, karena mereka juga dilindungi hukum. Sebagai contoh, kaum muslim di Berlin, Jerman sana, pernah meminta negara membiayai pelajaran agama. Mereka lalu diberi tunjangan, padahal itu tidak lazim di sebuah negara yang sekular. Artinya, mereka bisa memanfaatkan lembaga-lembaga demokrasi yang ada secara benar. Mereka juga dilindungi. Kaum yang anti-Islam juga dapat perlindungan selama mereka tidak merosak.

Saya memahami kalau orang Islam di sini meminta yang bukan muslim mengerti dan menyesuaikan diri dengan majoriti. Itu sama dengan keinginan orang-orang Denmark yang anti-Islam meminta orang Islam untuk menyesuaikan diri. Karena itu, kalau kita tidak mau diperlakukan secara sewenang-wenang, jangan pula kita menuntut orang lain secara sewenang-wenang. Sementara soal protes, saya kira surat khabar itu layak dan memang patut diprotes. Tapi meruosak adalah hal lain, karena pemerintah Denmark sendiri tidak bertanggung jawab atas apa yang dilakukan sebuah surat khabar.

Apakah isi karikatur itu, menggambarkan taraf kebencian orang Eropah yang sudah mengkhawatirkan atas orang Islam?

SAYA kira karikatur itu hanya disiarkan di Denmark. Orang Eropah lainnya banyak yang tahu bahwa karikatur itu hanya akan menyebar kebencian dan karena itu dihindari atau malah dikutuk. Dari segi itu, karikatur itu saya kira tidak berbahaya bagi umat Islam Eropah. Perlu diketahui, di Perancis sana, agama Islam merupakan agama kedua terbesar; lebih besar daripada Protestan. Jadi pertumbuhan itu nyata, dan umat Islam jangan terlalu khawatir akan hancur. Kira-kira 25 tahun lagi, agama Islam paling sedikit akan menjadi 30 peratus penduduk dunia.

Karena itu, kita jangan bereaksi berlebihan, karena itu memberi alasan bagi kaum pelampau kanan yang rasis untuk bertindak brutal terhadap Islam, Yahudi, Cina, Arab, atau Melayu. Orang-orang yang anti-asing di Eropah sana bisa mendapat angin karena perilaku kita. Dan justru, reaksi-reaksi yang berlebihan itu akan menyebabkan kehidupan umat Islam di Eropah menjadi tambah kacau.

Kini seakan terjadi benturan antara fundamentalis seperti dituliskan Tariq Ali dalam bukunya “The Clash of Fundamentalisms,” ya?

MEMANG, yang sebenarnya berbenturan di dunia bukanlah kelompok-kelompok agama, tapi lebih khusus antara kaum fundamentalis. Anda tahu, yang anti-Islam di Amerika adalah kaum fundamentalis Kristian. Di Israel, kaum fundamentalis Yahudi membunuh Perdana Menterinya sendiri, Yitzak Rabin. Di India, kaum fundamentalis Hindu membakar dan menghancurkan masjid. Sama dengan di sini; yang menghancurkan gereja, ya, yang fundamentalis juga.

Karena itu, kita jangan berpikir kalau Barat itu satu, dan ini benturan antara kita dengan Barat. Kita tahu, New York Times pernah mengecam pemerintahan Bush karena berbohong soal Iraq. Yang memungkinkan itu juga iklim kebebasan Barat. Jadi, mengatakan bahwa Barat seluruhnya memusuhi Islam, juga tidak betul. Bahkan, seperti saya katakan tadi, Menteri Luar Negeri Inggeris menghargai media Inggeris yang tidak berminat memuat karikatur itu. Saya dengar, pemerintah Amerika juga memuji media negerinya yang tak ikut-ikut memuat karikatur itu.

Mungkin, ini juga dikarenakan di Amerika ada undang-undang hate speech (provokasi kebencian). Orang yang menebar kebencian kepada umat lain, akan tetap ditindak tegas. Di Chicago, dengan pasal itu, dulu ada kes dihukumnya orang yang mengabarkan semangat kebencian kepada umat Islam.

Dan memang betul, reaksi umat Islam di banyak tempat saat ini merupakan akumulasi kemarahan dan ketidakpuasan pada beberapa kebijakan luar negeri Barat dan khususnya Amerika. Saya mengerti itu, bersimpati, dan berada dalam barisan itu. Hanya saja, kalau kita tidak suka diperlakukan tidak adil, jangan pula kita membalas dengan ketidakadilan.

Jadi, reaksi kita mestinya juga memperhitungkan posisi minoriti muslim di Eropah?

YA, harus. Tidak hanya karena ingin bersimpati kepada sesama muslim, tapi lebih dari itu. Seandainya yang dihina bukan muslim, kita juga harus bersimpati. Selama orang lemah dihina, kita harus bersimpati. Tapi memang, kita cenderung melampiaskan kemarahan menurut keinginan masing-masing. Alasannya mungkin berbeda-beda. Jadi sebetulnya tak ada kemarahan yang seragam. Hanya saja, karena sekarang kita hidup di masa globalisasi informasi, bentuk kemarahan itu seolah-olah seragam.

Tapi gelombang kemarahan itu memang karena kedudukan Nabi yang begitu mulia dalam hati umat Islam. Kedua, karena memang ada ketidakadilan global terhadap umat Islam, atau yang menganggap diri mereka paling umat Islam. Ambil sahaja contoh isu nuklear Iran. Sebelum terbukti, Iran sudah disibukkan menangkal isu itu. Sementara Israel yang punya kemampuan itu didiamkan saja. Contoh lain yang menujukkan kekonyolan Amerika adalah isu senjata pemusnah massal Saddam yang menjadi alasan penaklukan ke atas Iraq.

Di samping itu, memang ada perasaan rendah diri di kalangan umat Islam, apalagi hampir semua negeri-negeri Islam bekas dijajah. Waktu umat Islam lebih unggul di Spanyol pada abad ke-12, kita lebih bisa terbuka dalam menerima pengaruh asing. Bahkan di situ berkembang peradaban yang menakjubkan, karena kita terbuka dan tak banyak marahnya. Tapi setelah dijajah, ada saja unsur-unsur yang gampang membuat marah.

Jadi ada juga unsur rendah diri yang gampang membuat marah. Itu juga dialami oleh umat lain. Orang-orang Kristian yang merasa rendah diri di hadapan orang asing di selatan Amerika, juga gampang sekali tersinggung dan marah, baik atas Katolik, Yahudi, atau Islam. Di Amerika bagian Selatan itu, puak Ku Klux Klan yang terdiri dari orang-orang Protestan fundamentalis, mudah melakukan kekerasan terhadap orang kulit hitam.

Jadi masalahnya kadang-kala memang bukan soal agama, bukan pula masalah umat yang satu, tapi bagaimana kedudukan umat atau orang-orang itu dalam suasana tertentu, di dalam suatu struktur politik dan sosial tertentu.

*Temuramah ini dibuat oleh Luthfi Assyaukanie dan Novriantoni pada 9 Februari 2006 (Khamis) dan diterbitkan oleh sebuah laman web terkemuka di Indonesia.

Maia dan Dhani

Tuesday, February 21st, 2006

423856271_l Maia Ahmad, Mulan(Ratu) dan Ahmad Dhani458294864_l_3

                                

Buat sesiapa yang berkenaan

Sunday, February 19th, 2006

Aku akan menjadi malam malam mu..kan menjadi mimpi mimpi mu..
dan selimuti hatimu..yang beku..aku kan menjadi bintang
bintang mu..kan selalu menyinarimu..
dan menghapus rasa rindumu..yang pilu

aku kan menjadi embun pagi mu.. yang menyejukkan jiwamu..
dan membasuh hatimu.. yang layu
tinggalkan sejenak lalumu.. beri sedikit
waktu..kepadaku..untuk meyakinkan mu..

aku bisa untuk menjadi..apa yang kau minta..
untuk menjadi apa yang kau inginkan..
Tapi aku tak bisa menjadi dirinya.Skyscaper

14/2 - Mari berkaseh sayang!!

Friday, February 10th, 2006

Makeloveblack Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Saint Valentine bersama rakannya Saint Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Cesar Claudius II kala itu. Penentangan ini dilakukan kerana, Cesar tersebut menganggap bahawa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik prestasinya ketika berperang.

Maka, dia melarang para pemuda untuk berkahwin demi menciptakan parajurit perang yang berpotensi(kuat serta gagah berani). Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Dia, secara diam-diam tetap meneruskan tugasnya iaitu menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan.

Perbuatan ini dilakukannya secara rahsia. Lama kelamaan, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun sampai ke pengetahuan Claudius II. Valentine perlu menanggung perbuatannya yang melanggar arahan. Dia dijatuhi hukuman mati. Ada sebuah sumber yang menceritakan bahawa dia mati kerana menolong orang-orang Kristen melarikan diri dari penjara akibat penganiayaan.

Dalam legenda ini, diceritakan bahawa Valentine telah jatuh hati kepada seorang anak gadis penjaga penjara. Gadis yang dikasihinya senantiasa setia untuk menjenguk Valentine di penjara ketika itu. Tragisnya, sebelum ajal tiba bagi Valentine, dia meninggalkan pesanan dalam sebuah surat untuk gadis tersebut. 123_3

Ada tiga buah kata yang tertulis sebagai tanda tangannya di akhir surat dan menjadi popular hingga saat ini—-‘From Your Valentine.’ Ekspresi dari perwujudan cinta Valentine terhadap gadis yag dicintainya itu masih terus digunakan oleh orang-orang masa kini. Akhirnya, sekitar 200 tahun selepas kejadian itu, Paus Gelasius merasmikan tanggal 14 Febuari tahun 496 lepas Masehi sebagai hari untuk memperingati St. Valentine.

Maka, daripada cerita di atas dapatlah kita lihat bahawa begitu besar sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang pejuang agung yang bernama Valentine ini, kerana telah mempertahankan dengan penuh jiwa raganya hak yang paling asas bagi setiap manusia iaitu hak untuk Mencintai dan Dicintai dan sekaligus mempertahankan hak manusia untuk berkahwin.

Pengorbanan ini juga harus dikenang, dengan menyemarakkan lagi hubungan cinta kita sesama pasangan yang kita kasihi, teman-teman, ibubapa, haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan serta tidak lupa juga kepada tuhan yang maha satu,tidak kira dengan apa cara sekalipon. Semoga pejuang-pejuang agung cinta ini seperti St.Valentine,Jalaluddin Al-Rumi,Rabiatul Adawiyah, akan ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga. Kiss_2

Republik Cinta - Dewa19

Sunday, February 5th, 2006

Pembuatan video klip Republik Cinta bersama 9 Penari Dervishes.

Dsc_2399_2Foto 1:Shalat Magrib berjamaah Ahmad Dani dan zawiyah Cinere di studio DEWA (Legend Studio) di Pondok Indah.

Dsc_2408_6Foto 2 : Foto Bersama Rumi dan Ghazali (putra Ahmad Dani ), mereka Ingin berfoto bersama Penari Rumi, The Whirling Dervishes