Archive for March, 2006

Ulama Bukan Pendeta

Wednesday, March 29th, 2006

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa Islam tidak mengenal rahbaniyyah atau kerahiban, iaitu pola hidup pertapaan(monashism).

Para

rahib adalah gandingan para pendeta (qisis-QS. Al-Maidah /5:82). Maka para “ulama” berdasarkan sabda nabi itu, menegaskan bahawa dalam Islam tidak dikenal sistem kependetaan.

*Muhammad Abduh 

Arton329_3

Para

ulama sendiri bukanlah pendeta. Perkataan Arab “ulama” adalah bentuk jamak dari a`lim, yang ertinya ialah orang ber-`ilm(ilmu). Jadi kaum ulama ertinya kaum berilmu atau para sarjana, bukannya pendeta. Bahawa dalam agama-agama lain para pendeta itu sekaligus para sarjana adalah soal lain. Dan bahawa saat sekarang dalam budaya Islam istilah ulama hanya digunakan untuk kalangtan ilmu agama, adalah juga soal lain(hal ini adalah sesungguhnya menyimpang dari penggunaan perkataan di zaman lalu, ketika semua orang yang ahli di bidang ilmu pun disebut ulama). Tetapi didalam system keagamaan Islam, para ulama itu tidaklah berkedudukan sebagai pendeta seperti yang ada dalam system agama-agama lain.

*Syed Hussein Alatas

Dr_syed_hussein20alatas_6

Apa bezanya ulama atau sarjana dengan pendeta? Perbezaannya banyak sekali, tapi yang amat penting ialah perbezaan fungsi, otoriti dan peranan mereka. Kita mengetahui bahawa seorang pendeta mempunyai otoriti keagamaan dalam system organisasi agama yang bersangkutan. Contohnya, satu upacara agama tidak sah kecuali jika diselenggarakan oleh seorang pendeta yang mempunyai otoriti. Dan pendeta ini dilantik melalui upacara pengesahan seperti yang disebut “pentahbisan”.

Manakala, para ulama didalam Islam terjadi hanya secara informal. Iaitu bahawa seseorang yang disebut alim adalah hasil dari pengakuan masyarakat, tanpa perlu melalui proses perasmian perlantikan pentahbisan,dan lain-lain. Ini kerana, mereka hanyalah kaum sarjana, para ulama hanyalah mempunyai otoriti keilmuan atau ilmiah belaka, bukannya otoriti keagamaan atau diniyyah. Maka otoriti atau kuasa ulama sesungguhnya terbatas, iaitu setingkat dengan ilmunya, sehingga dapat dibantah dengan mengemukakan sumber atau bahan ilmiah yang lain yang lebih abash,tepat dan kuat. Pendapat orang alim, yang biasa disebut fatwa, tidaklah selalu mengikat, dan dapat senantiasa dipertanyakan tingkat keabsahannya.

*Iqbal 

Allamaiqbal_3

Memang di masyarakat mana pun, kaum ilmuan selalu dipandang dengan penuh hormat. Maka penghormatan kepada ulama pun sangat dikehendaki oleh Islam. Kitab suci menyebutkan bahawa dari kalangan manusia ini yang paling mampu bertaqwa kepada allah ialah para “ulama” atau ilmuan. (QS. Fathir /35:28). Dan kita dianjurkan untuk bertanya kepada mereka yang ahli tentang sesuatu yang jika kita tidak tahu(QS. Al-Nahl/16:43). Namun kita juga diperingatkan agar tidak mengikuti sesuatu yang kita tidak mengerti, kerana “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani itu semuanya akan dituntut pertanggungjawaban” (QS. Al-Isra/ 17:36).

Macam-macam jalan ke syurga

Tuesday, March 21st, 2006

Al-Quran adalah kitab suci paling unik bukan sahaja kerana ia menyeru kepada dialog antar-agama bahkan juga kerana ia menegaskan kewujudan pelbagai agama sebagai ciptaan Tuhan yang secara spiritual adalah laku dan layak (valid).86254

Bagaimanapun, tafsir eksoteris (zahir) yang berasakan manhaj tafsir teologi dan eksklusif membataskan penemuan isyarat-isyarat berkenaan. Berbeza halnya kalau Al-Quran dilihat menggunakan sudut pandang metafizik, terutama tafsir-tafsir esoteris (batin) dalam khazanah tradisi mistik Islam, iaitu Sufisme.

Penjelasan kaum sufi terhadap dimensi metafizik dan spiritual Al-Quran amat berharga terutama dalam usaha untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Ia malah lebih berharga bagi mereka yang melihat agama yang bermacam jenis itu bukan semestinya eksklusif dan bukan juga sistem kepercayaan yang bertentangan, sebaliknya sebagai sekian banyak “jalan menuju keselamatan” dunia dan akhirat.

Untuk itu tulisan ini akan membawakan beberapa ayat Al-Quran yang dapat membantu kita memahami pluralitas agama dan pluralisme. Kebanyakan tafsir bagi ayat-ayat yang dibawakan dalam tulisan ini adalah berasaskan kitab karangan Abd al-Razzaq al-Kashani (wafat 730/1329), sarjana terkemuka dari mazhab Ibnu Arabi. Tafsir al-Kashani memainkan peranan besar dalam tradisi tafsir esoterik dan dipandang tinggi, istimewa kerana ia memuatkan tafsiran Ibnu Arabi.

Islam Unggul atau quintessential Islam

Islam secara literal bermaksud “penyerahan”. Perspektif sufi terhadap Al-Quran menunjukkan maksud ini mempunyai kaitan rapat dengan inti agama.

Menurut penterjemah Al-Quran yang terkenal, Muhammad Asad, perkataan Islam di difahami oleh masyarakat yang hidup sewaktu zaman turunnya wahyu dalam maksudnya yang universal, sejagat, dan bukan maksud khusus atau secara komunal. Dalam nota berkaitan ayat pertama yang diturunkan, yang mengandungi perkataan “muslim” (68:35), Asad berkata: “Sepanjang melakukan kerja ini, saya telah menterjemah perkataan islam dan muslim menurut pengertiannya yang asli, iaitu “orang yang menyerah diri kepada Tuhan,” atau “penyerahan diri kepada Tuhan” … harus diingat bahawa perkataan ini dalam maksudnya yang telah ter-institusi — iaitu secara eksklusif merujuk kepada para pengikut Nabi Muhammad — menunjukkan kepada perkembangan selepas zaman turun Al-Quran dan, justeru itu, perlu dihindari dalam penterjemahan Quran.”Pluralism_2

Asad menegaskan bahawa sewaktu para Sahabat mendengar perkataan islam dan muslim mereka pasti memahaminya dalam maksud asal “tanpa menghadkan istilah berkenaan terhadap masyarakat atau agama tertentu.” Dalam ayat di bawah ini, prinsip penyerahan/ketundukan universal disamakan dengan “Agama Allah”:

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan.” (3:83)

Al-Kashani membawa ayat Quran yang lain bagi menjelaskan sifat agama Allah yang dimaksudkan. Antaranya, firman-Nya:

“Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.” (42:13)

Kashani menjelaskan, Tuhan telah menetapkan agama yang mutlak (ad-din al-mutlaq), diperintahkan kepada para rasul untuk menegakkan agama itu dan bersatu di atasnya: “Ini adalah prinsip dan akar agama (asl ad-din), iaitu, tauhid, keadilan, dan pengetahuan tentang Hari Kebangkitan, seperti yang terzahir dalam ungkapan ‘beriman dengan Tuhan dan Hari Akhir’. Menurut Kashani, ini berbeza dengan perincian bagi setiap agama, seperti bentuk ibadat, cara penyembahan dan cara bergaul dalam masyarakat, yang berbeda antara satu umat dengan umat yang lain mengikut perbedaan keadaan. Seperti yang difirmankan: “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan (syir’ah) dan jalan terang (minhaj).”
Homephotopanel_1 
Beberapa ayat Al-Quran yang lain memberitahu secara jelas tentang agama yang quintessential ini:

“Katakanlah: ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa, dan para nabi, dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri’.” (3:84)

Ayat selepas itu pula memberitahu:

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) dariapdanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (3:85)

Dari sudut pandang teologi ayat di atas mengesahkan kebenaran “Islam” yang eksklusif, iaitu Islam yang yang ditakrifkan sebagai agama yang dibawa oleh Nabi Terakhir, yang, seperti akan dibincangkan kemudian, memansuhkan syariat-syariat terdahulu. Tetapi, selain itu, dalam masa yang sama ia juga dapat difahami sebagai mengesahkan kebenaran intrinsik semua syariat yang dibawa para nabi yang nama mereka telah disebutkan dalam ayat (3:84).

Kedua-dua tafsir dapat dipakai, berdasarkan satu prinsip utama hermeneutik Ibnu Arabi, iaitu: tidak boleh dikecualikan sebarang makna yang dapat difahami secara literal. Ia merupakan salah satu sekian banyak makna yang kesemuanya “dimaksudkan” Tuhan (agar terbuka kepada tafsiran). Tidak ada tafsir yang terlalu benar sehingga dapat menafikan yang lain. Menggunakan prinsip metafizik Akbari kita dapat sebut: “to exclude the exclusivist reading is in turn to fall into a mode of exclusivism.” Perspektif metafizik yang benar-benar inklusif harus akur pada keabsahan perspektif teologi dan eksklusivis walaupun dalam masa yang sama juga perlu menegakkan hujah-hujah yang lebih meyakinkan dan lebih “benar” tentang Islam yang lebih universal.

Spiritofharmony1_1

Para nabi dan agama-agama yang tidak didedahkan namanya

Tuhan memberi petunjuk dalam bahasa yang berlainan, dalam “tanda” yang berlainan, kepada para nabi. Syariat-syariat dan nabi-nabi yang berlainan ini ada yang disebut nama mereka dalam Al-Quran dan ada pula yang sengaja tidak didedahkan kepada kita:

“Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”

Walaupun berbeda bentuk syariat berkenaan inti kandungannya adalah sama:

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (21:25)

“Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya.” (14:4)

Inti agama sifatnya merentasi (transenden). Bagaimanapun ini tidak sedikit pun memadamkan garis kepelbagaian di tingkat formal. Konsepsi “inti agama” mengatasi kepelbagaian serta perbedaan yang difahami sebagai satu kemestian yang dikehendaki Ilahi, bukan sebagai sesuatu yang malang.

Ayat-ayat di bawah ini menegaskan konsepsi inti agama yang terdapat dalam semua agama langit serta, di samping itu, mengesahkan keperluan untuk penganut pelbagai agama mematuhi aturan agama masing-masing:

“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” (5:48)

“Bagi tiap-tiap umat telah kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada Tuhanmu.” (22.67)

Peraturan, jalan, dan cara ibadat yang pelbagai diajarkan oleh Ibrahim, Ishak, Ya’qub, Sulaiman, Yusuf — semua nabi sampai kepada Musa, Isa dan Muhammad. Allah berfirman: “Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka.” (6:90) Kata Ibnu Arabi, “Ini adalah jalan yang mempertemukan semua nabi dan rasul. Iaitu menunaikan perintah agama, bukannya berpecah belah berkaitannya, dan bersatu dalamnya.” Sekali lagi, apa yang ditekankan di sini ialah agama yang unggul, quintessential. Inilah yang dinamakan ad-din.

Ayat-ayat yang dikemukakan di atas menegaskan prinsip keterbukaan — bahawa jalan menuju keselamatan di akhirat bukan eksklusif hanya menerusi Islam yang khusus, qua particular religion, iaitu syariat yang dibawa nabi terakhir Muhammad SAW. Jalan menuju keselamatan ialah bagi Islam dalam pengertian yang universal. Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (2:62)

(Shabiin ialah orang-orang yang mengikut syariat nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau yang menyembah dewa-dewa.)

Sepertimana yang disebutkan dalam ayat berkenaan, janji keselamatan adalah bagi mereka yang beriman dengan Tuhan, beriman dengan Akhirat, dan berbuat baik.
Spiritofharmony13
Ayat-ayat berkenaan memberi isyarat jelas kepada keperluan berpegang dengan nilai-nilai mutlak dalam agama dan bukannya membiarkan agama menentukan “warna” atau sifat Yang Mutlak. Kita mengabdi diri kepada Tuhan yang mutlak dan bukannya menyembah agama. Kata Jalaluddin ar-Rumi: “Agama Cinta berbeda dari semua agama: bagi pencinta, agama dan akidah ialah Tuhan.”

Sebahagian orang dapat menghujah balas dengan menganggap semua dalil di atas adalah penegasan terhadap eksklusivisme Islam — bahwa Islam yang disebut dalam Al-Quran adalah dalam bentuknya yang asli, agama hanif, agama nabi Ibrahim, yang kemudian diselewengkan oleh Yahudi dan Kristian. Seperti telah disebut sebelum ini, perspektif yang berasaskan tafsir eksoteris seperti ini berkemungkinan benar dan patut dipertahankan. Bahkan kalangan esoteris dan sufi seperti Ibnu Arabi, Rumi, Kashani, dan Ghazali dikenal tergolong dalam tradisi sufi normatif yang berpegang teguh dengan syariat Muhammad. Bagi ahli-ahli sufi ini, Islam dalam maksud yang khusus, anutan umat Muhammad, adalah agama yang sempurna dan paling layak dianuti. Bagaimanapun, kepercayaan ini tidak pernah mengharuskan chauvinisme dan intolerance kerana visi metafizik mereka tentang inti agama merentasi bentuk luaran, menuju kepada sebuah kemungkinan di mana keselamatan dapat dicapai menerusi bentuk-bentuk agama lain yang pelbagai. Walaupun agama lain mungkin kurang “sempurna” berbanding Islam, semua manusia yang beriman dengan Tuhan adalah umat yang satu. Tuhan adalah esa, maka semua orang beriman, tidak kira bagaimana penampilan dan bentuk agama serta sistem kepercayaan mereka dinilai berdasarkan kelayakan dan amal mereka, bukan berdasarkan label-label buatan:

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal baik, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari Allah?” (4:122)

Ayat yang datang sejurus selepas ayat di atas menjelaskan sifat universal janji itu:

“Itu bukanlah menurut angan-anganmu, bukan juga menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu.” (4:123)

Chad Di sini kita boleh memahami juga sekiranya Muslim “berangan-angan” membataskan keselamatan hanya untuk Muslim dalam pengertian yang khusus (communal sense), dia terjatuh dalam bentuk ekslusivisme yang sama yang menyebabkan orang Kristian dan Yahudi dahulu diselar dalam Al-Quran: “Dan mereka berkata: ‘sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani.’ Demikian itu hanya angan-angan mereka.”

Ayat-ayat ini menunjukkan sikap prejudis dan chauvinistik tidak harus dibalas dengan sikap yang sama. Sebaliknya ia harus diganti dengan prinsip sejagat yang Kudus. Prinsip sejagat ini dirakam dalam surah an-Nisa’, pada ayat yang datang sejurus ayat-ayat di atas:

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan baik, baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit.

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kekasih-Nya.” (4:124 – 125)

Jalan keselamatan tidak disempitkan menjadi privilege kelompok agama tertentu, sebaliknya dijadikan sejagat: mereka yang selamat dan masuk syurga ialah orang-orang yang menyerah diri sepenuh hati kepada Tuhan dan bersikap baik.

Allah berfirman: “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah.” Ibnu Arabi merujuk kepada ayat ini sebagai amaran kepada Muslim agar tidak membataskan Tuhan mengikut ciri-ciri yang difahami kelompok sendiri:

“Jaga-jaga jangan sampai terikat dengan kepercayaan tertentu sehingga menolak pihak lain sebagai kafir! Cuba jadikan dirimu contoh unggul bagi semua bentuk agama. Tuhan adalah agung dan luas untuk dibataskan dalam kepercayaan tertentu sehingga menolak kepercayaan pihak lain. Kerana Tuhan berfirman, ‘Maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah’.”

Penjelasan Ibnu Arabi juga dapat membantu kita mengatasi satu persoalan penting yang menghambat pertumbuhan dialog antara Muslim dan penganut agama lain, iaitu soal naskh (pemansuhan) syariat. Menurut faham tradisional yang popular, Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad memansukhkan syariat-syariat terdahulu, termasuk Yahudi dan Kristian. Menurut kebanyakan mufassir (pentafsir Quran), berdasarkan keterangan Ibnu Abbas, ayat “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (3:85) telah memansuhkan ayat (2:62) yang telah disebutkan di atas tadi. Bagaimanapun, terdapat kalangan mufassir tradisional, antaranya Tabari dan Tabarsi, menolak pendapat yang mengatakan ayat (2:62) itu dimansuhkan. Menurut Tabari, ayat (2:62) berbentuk akhbar (perkhabaran) dan “perkhabaran tidak boleh memansuhkan atau dimansuhkan.”
Pocket_pop003
Justeru itu, menurut Tabari, maksud literal ayat (2:62) itu harus dipegang tanpa perlu bergantung kepada kenyataan Ibnu Abbas, “kerana, berkenaan ganjaran baik untuk amal baik yang disertai iman, Tuhan tidak memberikannya hanya kepada makhluk-Nya yang tertentu dan mengecualikan yang lain.”

Di dalam kitab Majma’ al Bayan fi tafsir al-Quran pula Tabarsi menghujah bahawa “pemansuhan tidak boleh berlaku terhadap ikrar janji. Ia hanya boleh diterapkan ke atas ayat-ayat hukum yang boleh berubah atau bertukar berdasarkan maslahat umum.”

Begitupun, dari perspektif feqh yang khusus, Islam memang memansuhkan hukum-hakam syariat terdahulu. Bermakna, Muslim tidak harus lagi berpegang dengan undang-undang yang turun sebelum al-Quran. Jika begitu, bagaimana Muslim hari ini, yang prihatin tentang dialog, dapat mengharmonikan prinsip pemansuhan undang-undang dengan idea yang mengatakan jalan keselamatan juga terbuka kepada non-Muslim yang taat kepada agama masing-masing?

Secara cemerlang Ibnu Arabi memajukan doktrin naskh, dari sekadar menjadi asas penolakan (rejection) terhadap agama lain, menjadi sebuah hujah kepada penerusan kelayakan:

“Kesemua agama yang diwahyukan adalah cahaya. Antara kesemua cahaya ini, agama yang diwahyukan kepada Muhammad adalah seperti cahaya matahari di antara cahaya bintang-gemintang. Apabila muncul matahari, cahaya bintang-bintang terselindung, dan cahayanya tergabung dalam cahaya matahari. Keadaan cahaya bintang yang terselindung itu seakan sama dengan keadaan agama-agama lain selepas kemunculan agama yang diwahyukan kepada Muhammad. Begitupun, cahaya agama-agama itu hakikatnya tetap wujud, sama seperti cahaya bintang yang tetap ada. Ini menjelaskan kenapa agama kita yang inklusif ini menghendaki kita beriman dengan kesemua nabi dan semua agama-agama yang diwahyukan. Agama-agama itu tidak terbatal (batil) oleh naskh — yang demikian adalah pendapat orang-orang yang jahil.”

Di samping ayat-ayat yang menggalakkan dialog, menegaskan tentang pluralitas dan kelayakan agama lain selain Islam; terdapat juga ayat-ayat Quran yang bersifat polemik, antaranya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (5:51)

“Orang-orang Yahudi berkata: ‘Uzair itu putera Allah’ dan orang Nasrani berkata: ‘Al-Masih itu putera Allah.’ Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Diperangi mereka akan Allah; bagaimana mereka sampai berpaling!”

Ada beberapa lagi ayat seperti di atas yang menunjukkan kepada pertentangan rasmi dari perspektif teologi, serta kesulitan menjayakan dialog sekiranya ia dibuat berasaskan perspektif teologi semata-mata. Ayat-ayat itu juga menunjukkan, secara tidak langsung, keperluan untuk mengangkat wacana ke tingkat metafizik, supra-teologikal, yang mana menjadikan pertentangan rasmi itu kurang menentukan.

Kritikan Al-Quran terhadap kesilapan-kesilapan asas Ahli Kitab dapat terus dibuat menurut aturan yang disarankan: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (16:125) Dalam ertikata lain, selagi orientasi seorang penganut agama terhadap “yang lain” ditentukan secara spiritual, kerohanian, dan bukannya pertimbangan teologi dan perundangan, keutamaan perlu diberi kepada ayat-ayat yang terang prinsipnya atau universal sifatnya, bukan kepada ayat-ayat yang jelas bersifat kontekstual. Yang dimaksudkan “kontekstual” di sini ialah ayat-ayat berkaitan ekslusivisme teologikal atau konflik inter-communal.

Perbalahan di tingkat dogma dapat ‘hidup’ bersama dengan rasa hormat yang mendalam terhadap kewarakan, suatu tingkat yang mengatasi dogma. Ibnu Ishaq mencatat sebuah riwayat tentang perwakilan Kristian dari Najran yang datang ke Madinah untuk berbahas dengan nabi Muhammad tentang teologi, khususnya tentang kedudukan nabi Isa. Tiba waktu sembahyang, Rasulullah membenarkan rombongan berkenaan menunaikan ibadat (liturgical worship) dalam masjid baginda sendiri. Dalam tradisi sufi, Rumi sendiri mengkritik penganut Kristian bernama Jarrah kerana terus menganggap Isa sebagai Tuhan, tetapi perselisihan di tingkat dogma ini tidak menghalang Rumi dari melihat agama mengatasi bentuknya yang rasmi. Dari segi beribadat, contohnya, cara setiap agama adalah berlainan, tetapi, kata Rumi, “iman tidak berbeza dalam mana-mana agama; keadaannya, titik tujunya; dan baki yang lain adalah tetap.”

Spiritofharmony6


Artikel ini ditulis oleh Al-Mustaqeem dan diterbitkan di sebuah laman web.
*Tulisan ini adalah saduran dari esei berjudul “The Metaphysics of Interfaith Dialogue”, karangan Reza Shah-Kazemi.

Kebebasan Beragama

Monday, March 20th, 2006

Setiap pendakwah dan khatib dapat dipastikan telah mengetahui adanya prinsip tidak boleh ada paksaan dalam agama. Sebuah firman Allah yang amat sering dikutip berkenaan dengan ini ialah : “Tidak boleh ada paksaan dalam agama. Sunguh telah nyata(berbeda) kebenaran dari kesesatan. Barang siapa menolak tirani dan percaya kepada Allah, maka Sungguh dia telah berpegang dengan tali kukuh, yang tidak akan lepas. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” )QS. Al-Baqarah/2:256)Fatiha_33_1

Jadi tidak dibolehkan memaksakan suatu agama ialah kerana manusia dianggap sudah mampu dan harus diberi kebebasan untuk membedakan dan memilih sendiri mana yang benar dan mana yang salah. Dengan kata lain, manusia kini dianggap telah dewasa sehingga dapat menentukan sendiri jalan hidupnya yang benar, dan tidak perlu lagi dipaksa-paksa seperti seorang yang belum dewasa.

Oleh kerana Tuhan telah “percaya” kepada kemampuan manusia itu, maka Dia tidak lagi mengirimkan Utusan atau Rasul untuk mengajari mereka tentang kebenaran. Deretan para Nabi dan Rasul telah ditutup dengan kedatangan NAbi Muhammad saw. Sebagai Rasul penutup, Nabi Muhammad membawa dasar-dasar pokok ajaran yang terus menerus dapar dikembangkan untuk segala zaman dan tempat. Maka sekarang terserah kepada manusia yang telah “dewasa” itu untuk secara kreatif menangkap pesan dalam pokok ajaran Nabi penutup itu dan mengfungsikan dalam hidup nyata mereka.

Firman tersebut menegaskan bahawa jalan hidup tiranik(sikap “melewati batas”, kata A Hassan) adalah lawan dari jalan hidup beriman kepada Allah. Itu bererti bahawa jalan hidup berdasarkan iman kepada Tuhan adalah kebalikan dari sikap memaksa-maksa. Sebaliknya, iman kepada Tuhan sebagai jalan hidup menghasilkan moderasi atau sikap “tengah” )`ad’l- adil, atau wasth- “wasit,” dan seterusnya), tanpa ekstremitas(al-ghuluww). Beriman kepada Allah, sebagai kebalikan tiranisme, melahirkan sikap yang selalu menyediakan ruang bagi pertimbangan akal yang sehat untuk membuat penilaian yang jujur atau fair terhadap setiap soalan.

Kerana iman kepada Allah dan menentang tirani itu mempunyai kaitan logis dengan prinsip kebebasan beragama, maka bahkan Nabi pun diingatkan: “Kalau seandainya Tuhanmu mengkehendaki, tentu berimanlah semua manusia dibumi ini. Maka apakah engkau (Muhammad) akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang beriman semua?!” (QS. Yunus/ 10:99)

Dallas_muslims_against_terrorism

Maka dari itu, prinsip kebebasan beragama adalah kehormatan bagi manusia dari Tuhan, kerana Tuhan mengakui hak manusia untuk memilih sendiri jalan hidupnya. Tentu tidak perlu lagi ditegaskan bahawa semua risiko pilihan itu adalah tanggung jawap sepenuhnya manusia sendiri.

Para ahli mencatat bahawa perlembagaan prinsip kebebasan beragama itu dalam sejarah umat manusia, yang Pertama kali ialah dibuat oleh Rasullullah saw. Sesudah baginda hijrah ke Madinah dan harus menyusun masyarakat majmuk(plural) kerana menyangkut unsure-unsur non-muslim. Sekarang prinsip kebebasan beragama itu telah dijadikan salah satu sendi sosial politik moden. Prinsip itu dijabarkan oleh Thomas Jefferson yang “Deist” dan “Uniterianist-Universalist” namun menolak agama formal, dan oleh Robespiere yang percaya kepada “Wujud Maha Tinggi” namun menolak agama formal. Mungkin kerana agama formal yang mereka kenal disana waktu itu tidak menganjurkan kebebasan beragama. Iraqi20freedom(Dr.Nurcholish Majid)

Pintu-Pintu menuju Tuhan

Sunday, March 19th, 2006

Wahai anak-anakku, kamu janganlah masuk dari satu pintu, melainkan masuk dari berbagai pintu yang berbeda. (QS.Yusuf/ 12:67)

123_4

Sebaik-baik agama disisi Allah, ialah semangat mencari kebenaran yang lapang, tidak sempit, toleran, tanpa kenafikan, tidak membelenggu jiwa dan terbuka. Sebab itu Islam harus dipahami sebagai ajaran dan cita-cita, yang intinya ialah sikap hidup yang berserah diri kepada Tuhan. Islam adalah sebuah ide, sebuah cita-cita kemanusiaan universal. Pemahaman kita kepada Islam adalah pemahaman terbuka, yang kerana keterbukaannya itu ia bersikap inklusif dan mampu menjadi rahmat bagi seluruh alam. Kemenangan Islam harus merupakan kebahagiaan bagi setiap orang, malah bagi setiap makhluk.

-Dr.Nurcholish Majid

Islam, Agama Manusia Sepanjang Zaman

Tuesday, March 14th, 2006

Islam ertinya pasrah sepenuhnya(kepada Allah), sikap yang menjadi inti ajaran agama yang benar disisi Allah. Kerana itu, semua agama yang benar disebut Islam. Begitulah, Kitab suci yang mengatakan bahawa Nabi Nuh mengajarkan Islam(QS: Yunus/ 10:72). Nabi Ibrahim pun membawa ajaran Islam dan mewasiatkan ajaran itu kepada anak keturunannya termasuk kepada Nabi Ya`qub atau Isra’il(QS: al-baqarah/ 2:130-132). Diantara anak Ya`qub itu ialah Yusuf, yang berdoa kepada Allah agar kelak mati sebagai seorang Muslim(seorang “yang ber-Islam”)(QS: Yusuf/ 12:101).

Kitab suci juga menuturkan bahawa para ahli sihir Mesir yang sebelumnya mendukung Fir`aun, tapi akhirnya beriman kepada Nabi Musa juga berdoa agak kelak mati sebagai orang-orang yang Muslim(QS: al-A`raf/ 7:126). Lalu ratu Balqis dari Yaman, Arab Selatan, yang ditakluki oleh Nabi Sulaiman juga akhirnya tunduk patuh kepada nabi itu dan menyatakan bahawa dia bersama Sulaiman pasrah sempurna atau Islam kepada Tuhan Seru Sekalian alam(QS: al-Naml/ 27:44). Dan semua para nabi dari bani Is`rail (keturunan Nabi Ya`qub) ditegaskan dalam Kitab Suci sebagai orang-orang yang menjalankan Islam kepada Allah(QS: al-Maidah/ 5:44). Lalu Isa al-Masih juga mendidik para pengikutnya (al-Hawariyyun) sehingga mereka menjadi orang-orang Muslim, pasrah kepada Allah (QS: Al-Imran/ 3:52-53 dan al-Ma`iddah/ 5:111)

Kerana itu para ulama klasik, seperti Ibn Taymiyah misalnya, menegaskan bahawa agama semua Nabi adalah sama dan satu iaitu Islam, meskipun syariatnya berbeza-beza sesuai dengan zaman dan tempat khursus masing-masing Nabi itu. Kata Ibn Taymiyah “ oleh kerana asal-usul agama tidak lain ialah Islam, iaitu pasrah (kepada Tuhan) itu satu, meskipun syariatnya bermacam-macam, maka Nabi saw bersabda dalam sebuah hadith sahih,”sesungguhnya kami golongan para Nabi, agama kami adalah satu(sama).’” Para Nabi itu bersaudara satu ayah lain ibu…Jadi agama mereka adalah satu. Iaitu ajaran beribadat hanya kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa yang tiada padanan bagi-Nya…”(Ibn Tamiyyah, iqtidla al-Shirath al-Mustaqim, hh 455-6)

Jadi suatu agama, seperti agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad( yang memang secara sedar dari semula disebut agama sikap pasrah sempurna kepada Allah atau al-Islam), adalah tidak unik(dalam erti, tidak berdiri dengan sendiri dan terpisah). Dia berada dalam garis kelanjutan dengan agama-agama lain. Hanya saja, sepetti halnya dengan semua yang hidup dan tumbuh, agama itu pun, dalam perjalanan sejarahnya, juga berkembang tumbuh, sehingga akhirnya mencapai kesempurnaan dalam agama Nabi Muhammad, Rasul Allah yang penghabisan, yang tiada lagi Rasul sesudah beliau. Maka seperti kata Ibnu Rusyd dalam bahagian terakhir kitabnya, Tahafut al-Tahafut, meskipun pada esesinya agama itu semua sama, namum manusia pada zaman tertentu mempunyai kewajipan moral untuk memilih tingkat perkembangan yang paling akhir saat itu. Dan perkembangan yang terakhir agama-agama itu ialah agama Nabi Muhammad. Namun tetap, dalam kesedaran akan kesatuan asal agama-agama, kita diwajibkan beriman kepada semua Nabi, tanpa membeza-bezakan antara mereka, dan pasrah kepada Allah(QS: al-Baqarah/ 2:136).

- Dr. Nurcholish Majid

Islam

Christian Jew

MASALAH KELAS ULAMA DALAM MASYARAKAT ISLAM:

Thursday, March 9th, 2006

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk membebaskan umat Islam dari kediktatoran ulama untuk mewujudkan kebangkitan Islam yang sebenar.

Sejak munculnya suatu golongan khusus yang dipanggil Ulama untuk mentadbir dan menjaga kesucian agama dalam masyarakat Islam, umt Islam tidak lagi bebas untuk berhubung terus dengan Tuhan. Kelas ulama ini menjadi perantara di antara mereka dengan Tuhan. Perbuatan ini suatu kesilapan besar dari segi ajaran Quran. (Lihat Q, 3: 64)

Kita semua tahu, tidak ada kasta paderi dalam Islam, seperti yang ada dalam agama-agama Yahudi dan Kristen. Oleh yang demikian, bagaimanakah kasta paderi ini muncul dalam masyarakat Islam dan bila? Tidak syak lagi, ia datang dari pengaruh negatif agama-agama Yahudi dan Kristen. Ia datang melalui hadis yang kerap disebut oleh kelas ulama dalam ceramah-ceramah dan syarahan-syrahan mereka, yang berbunyi: “Ulama pewaris para nabi.” Sebaliknya, Quran menerangkan bahawa kitab suci Quran diwariskan kepada hamba-hamba-Nya yang Tuhan pilih, bukan sesuatu golongan tertentu. (Lihat Q, 35: 32)

Dari sejarah kita tahu bahawa dalam zaman Nabi Muhammad dan khalifa al-Rasyidun, tidak ada kasta paderi. Pemimpin masyarakat juga memimpin sembahyang jemaah umat. Tidak ada perpisahan di anata kehidupan dunia dan kehidupan agama. Lama-kelamaan, kita tidak tahu bila, barulah muncul perbezaan ini dan kehidupan dunia ditadbirkan oleh apa yang dipanggil golongan umara dan kehidupan keagamaan ditadbirkan oleh golongan yang dipanggil ulama.

Demikianlah kasta ini menggubal dan menentukan undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mengawal bidang kehidupan spiritual ini. Timbullah Hadith, Teologi, Fikah, dan Tafsir. Ilmuan lain yang tidak dianggap sebagai termasuk ke dalam golongan ulama tidak dibenarkan untuk membincang hal-hal ini. Inilah yang bernama pentupan pintu ijtihad yang berlaku dalam abad kedua belas. Sejak itu, segala ilmu Islam telah dianggap telah diputuskan oleh ulama-ulama besar dan terkandung dalam kitab-kitab besar teologi, fikah, hadis dan tafsir mereka. Tidak boleh ada fikiran atau tafsiran baru lagi, kecuali apa yang telah dipersetujui oleh ulama-ulama besar ini.

Dengan demikian, fikiran umat Islam menjadi beku. Apabila umat Islam bertembung dengan tamadun Barat dalam abad-abad ke-19 dan ke-20, maka timbullah kekeliruan besar. Bolehkah kanak-kanak Islam belajar ilmu-ilmu moden yang dibawa oleh bangsa-bangsa Eropah? Bolehkah masyarakat Islam menggunakan peralatan-peraatan moden, seperti radio, telefon dan sebagainya? Lama kelamaan, mesyarakat Islam terbahagi kepada tiga golongan dalam hal hubungan mereka dengan tamdun Barat. Pertama, golongan yang menolak semua dari Barat sebagai haram. Golongan kedua, golongan yang menerima semua dari tamadun Barat sebagai baik dan selaras dengan ajaran Islam. Golongan ketiga menerima sebahagian dan menolak sebagian, menerima sains dan teknologinya, tetapi menolak nilai-nilai moral dan spiritualnya.

Pengkatogorian ini masih berterusan dalam masyarakat Islam sekarang.

04formulasi20ulama Pengaruh kelas ulama ke atas masyarakat kita makin kuat sejak apa yang dikatakan kebangkitan semula Islam, khasnya sejak Revolusi Islam Iran pada 1979. Kita akui bahawa nilai-nilai moral dan spiritual penting bagi masyarakat manusia. Kemajuan yang kita cari mestilah dalam kerangka kehidupan bermoral dan kehidupan beragama, bukan di luar itu. Tetapi sistem yang dipaksakan kepada generasi kita sekarang dari warisan ajaran ulama yang sudah berusia lebih seribu tahun itu perlu disemak semula dan disesuikan dengan perkembangan zaman dan ilmu. Ambil contoh, sikap masyarakat terhadap wanita. Ideologi kelas ulama dalam hal ini dapat dilihat dalam contoh apa yang berlaku di Arab Saudi dan di Afghanistandi bawah pemerinthan Taliban. Ini sebenarnya bukan ajaran Islam yang sebenar. Ini diambil dari adat yang lapuk, malah yang jahat, yang diberi tafsiran agama. Yang anehnya, bukan masarakt Islam antarabangsa, seperti OIC, yang membetulkan kezaliman dalam masarakat Islam sendiri, tetapi penjajahan A.S. melalui, roket, bom dan kertakebal mereka, atau melalui tekanan mereka, seperti di Arab Saudi. Ini membuktikan bahwa umat Islam sudah kehilangan wibawanya.

Umat Islam mestilah sedar akan keadaan mereka yang hina ini. Kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Pangkal jalan kita ialah Tuhan, keimanan kita kepada Tuhan Yang Esa. Kita mesti balik kepada ajaran-Nya, iaitu Quran. Kita hanya boleh mengatasi pengaruh kelas ulama ke atas masyarakt kita dengan membuktikan bahwa ajaran-ajaran mereka perlu disemak balik, kerana kebanyakan daripadanya bercanggap dengan ajaran Quran. Selagi pemimpin dan cerdik pandai Islam tidak sanggup melakukan reformasi ini, selagi itulah Kebangkitan semula Islam tidak akan berlaku.

Kita suka mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir, melalui Yayasan Kepimpinannya, memulakan siri seminar, dialog, perbincangan dan konferensi untuk mengkaji semula sukatan pelajaran sekolah-sekolah agama dari peringkat bawah hingga ke atas, untuk mengkaji asas-asas perpaduan dan kerjasana umat Islam dan negara-negara Islam untuk mengatasi kelemahan dan kemunduran umat Islam dan untuk meneroka cara hidup atau sistem Islam dalam bidang ekonomi politik supaya negara-neara Islam dapat mewujudkan sebuah falsafah ekonomi politik yang bukan liberalisme atau komunisma, yang bukan teokrasi, tetapi yang menepati ajaran Islam, iaitu sistem “jalan yang lurus” (Q, 1: 6) yang tidak menyeleweng ke Kiri dan ke Kanan, ke Atas atau ke Bawah (Q, 1:7, dan “yang bukan Timur atau Barat” (Q, 24: 35) Tun Dr. Mahathir, kerana pengalaman dan ilmunya yang luas dan kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat Islam dan masyarakat antarabangsa paling layak untuk melakukan kerja besar ini. Kita harap beliau akan melakukannya.

Perhatikan bahawa ini bukan keperluan umat Islam semata-mata, tetapi keperluan dunia juga. Lihat bagaimana sistem antarabangsa sekarang, iaitu P.B.B., sudah gagal. Sudah sampai masaanya, cerdik-pandai dan pemimpin Islam yang sedar mengorak langkah untuk merealisasi ajaran Quran bahwa mereka, orang mukmin, adalah sebaik-sebaik umat yang diwujudkan untuk manusia, kerana mereka meyeru kepada kebaikan, melarang kejhatan dan mereka beriman kepada Tuhan. (Q, 3: 110)

* Artikel ini di buat oleh Kassim Ahmad dan di terbitkan oleh sebuah laman web

Terorisme dan isu ketidakadilan

Wednesday, March 8th, 2006

Siri 2:

TERORISME zaman sekarang menggunakan kekerasan, keganasan, pengeboman, pembunuhan, penculikan dan perampokan sebagai cara untuk mendera pihak yang dianggap lawan. Bali20blast_1 Gerakan ini wujud secara menyolok mata pada tahun 70-an pada kurun ke-20 yang lepas.

Terdapat juga kerjasama erat antara satu puak dengan puak yang lainnya, sebagaimana yang terjadi dalam serangan terhadap OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) pada bulan Disember 1975.

Enam orang pengganas dari Palestin, Arab Lebanon, Jerman dan Venezuela telah menawan sebelas orang menteri minyak Arab di Vienna, Austria.

Kerajaan Austria terpaksa bersetuju memudahkan mereka meninggalkan Vienna dengan kapal terbang Boeing.

Operasi ini diketuai oleh pengganas yang sangat terkenal dengan nama gelaran Carlos the Jackal.

Keganasan yang meningkat dan meluas di Eropah Barat pada masa itu didorong oleh ideologi politik.

Walaupun terdapat beberapa ideologi yang bertentangan seperti yang dianut oleh kaum Nazi dan Komunis, yang besar dan berkesan pengaruhnya adalah keganasan aliran yang mirip atau bekerjasama dengan golongan Komunis Soviet Union pada waktu itu.

Yang penting kita perhatikan dalam suasana sekarang adalah faktor ideologi kerana inilah yang jadi penggerak utama, bukannya faktor kemiskinan walaupun kebanyakan pemimpin negara yang dibunuh oleh pengganas di antara tahun 1966-1996 datangnya dari negara-negara yang miskin atau kurang maju.

Sebanyak 56 pemimpin negara, termasuk beberapa pengawal dan duta-duta, telah terbunuh di merata tempat di dunia ekoran terorisme. Sepuluh orang daripadanya adalah pemimpin Barat dan seterusnya dari Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Pemimpin Islam yang terbunuh ada sepuluh orang; seorang tokoh bukan pemimpin negara dan seorang pemimpin Palestin yang dibunuh oleh komando Israel di Tunis pada tahun 1988.

Yang lainnya dibunuh oleh sesama Islam seperti Perdana Menteri Jordan Wasfi Tal, Raja Faisal Arab Saudi, Presiden Bangladesh Sheikh Mujibur Rahman, Presiden Nigeria General Murtala Mohammed, bekas Perdana Menteri Iraq Abdul Razak Naif, Presiden Mesir Anwar Sadat dan Presiden Algeria Mohammed Boudiaf.

Di negara Arab sahaja terdapat lapan pembunuhan yang dilaksanakan oleh orang Arab sendiri.

Pembunuhan pemimpin di Timur Tengah sangat tinggi kadarnya dalam tempoh 30 tahun itu antara 1966 dan 1996.

Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 ke atas, kadar pembunuhan pemimpin negara, Presiden dan Perdana Menteri di luar Eropah dan Amerika Syarikat jauh lebih tinggi daripada di benua Barat, walaupun selepas tahun 70-an organisasi keganasan yang terpimpin cekap dan peralatan hebat bergerak kuat di Barat.

Yang nyata pihak keselamatan Barat lebih teratur dan berjaga-jaga, walaupun ia tidak dapat menahan keganasan seratus peratus.

Kembali kepada soal apakah yang menyebabkan munculnya terorisme, yang jelas adalah soal ideologi iaitu soal kepercayaan mengganas yang ditanamkan dengan hebat oleh penganjur-penganjurnya.

Ada yang menampilkan faktor kemiskinan sebagai keadaan yang menyuburkan keganasan walaupun ia bukan satu sebab yang langsung.

Ini, rasa saya, tidak benar. Apa kaitan kemiskinan dengan keganasan? Apakah yang mengganas itu orang miskin? Apakah yang diperjuangkan oleh pengganas itu membasmi kemiskinan? Apakah pemimpin-pemimpin pengganas itu orang miskin? Apakah si miskin itu yang diharap menyokong pengganas dengan wang dan keahlian profesional, membawa kapal terbang dan meletupkan bom?

Ombak keganasan di Barat dan Amerika Latin pada tahun 70-an dalam kurun terakhir lalu digerakkan oleh orang yang menguasai sumber kewangan, ahli profesional dan sebagainya termasuk sokongan rahsia daripada kuasa-kuasa besar tertentu.

Giangiacomo Feltrinelli, seorang jutawan, penerbit dan pengembara dunia dari Itali telah membuat seruan pertama keganasan dengan melancarkan perang gerila menggunakan senjata di Eropah.

Pada 15 Mac 1972, di luar kota Milan, di bawah satu tiang elektrik ditemui satu mayat yang sudah terbakar. Sebelah kaki dan tulang-tulang badannya putus terlempar beberapa meter di sekitar dan 43 batang dinamik dilekatkan pada badannya.

Tujuan orang itu ialah untuk meletupkan tiang-tiang elektrik di sekitar jambatan, kem tentera dan lapangan terbang di utara Itali.

Mayat itu adalah mayat Feltrinelli, seorang jutawan dari famili terkemuka di Itali. Dinamit itu meletup secara kemalangan.

Beliau berhasil membentuk organisasi internasional dengan golongan pengganas lainnya dari Jerman, Sepanyol, Perancis, Palestin dan Amerika Latin. Feltrinelli menggunakan vila-vila sendiri untuk membantu pengganas berlindung dan juga memberikan mereka wang.

Di Uruguay, pada tahun 1970 dan 1971, kumpulan Tupamaro telah mengebom, membakar, merompak, menculik dan membunuh mereka yang dianggap musuh.

Duta United Kingdom ke negara itu, Sir Geoffry Jackson telah dipenjarakan dalam kurungan seluas 2 kaki lebar dan 6 kaki panjang selama lapan bulan. Pada masa itu golongan pengganas Tupamaro paling banyak menculik diplomat-diplomat asing.

Dalam masa dua tahun, kira-kira tiga ratus serangan telah dilancarkan. Mereka dapat menduduki lapangan terbang kecil, balai polis, pusat telefon, stesen radio dan menculik orang untuk dijadikan tebusan.

Kerajaan Uruguay mengisytiharkan tindakan darurat dan memberikan kuasa kepada angkatan tentera.

Pada akhir 1972, 2,600 orang gerila Tupamaro (benar atau disangka) telah ditangkap dan dipenjarakan. Sebanyak 42 orang mati dan pemimpinnya Raul Sendic dapat ditawan oleh polis walaupun ketika itu dia telah menjalani pembedahan plastik pada wajahnya untuk mengelak daripada dikenali.

Golongan Tupamaro ini beraliran Marxis radikal. Pada awalnya mereka memperjuangkan hak rakyat dengan cara revolusi dan cara Robin Hood iaitu merompak yang kaya untuk si miskin. Trak pasar raya dirompak dan barangnya dibahagi-bahagikan kepada kawasan miskin.

Kasino judi diserang dan wang rampasan sebanyak suku juta dolar Amerika diagih-agihkan kepada pekerja-pekerja.

Pada awalnya Tupamaro disokong oleh guru-guru, pelajar dan mahasiswa, peguam-peguam, doktor-doktor, akauntan-akauntan, ahli-ahli bank, arkitek-arkitek, jurutera-jurutera, seorang jurutera radio, seorang model dan seorang pelakon perempuan.

Daripada peristiwa keganasan Tupamaro ini, jelaslah bahawa pendorong utama adalah ketidakadilan keadaan masyarakat dan campur tangan golongan luar dalam rangka ideologi militan.

Kita di Malaysia mesti menghitung masalah ini dengan keazaman yang kuat dan ikhlas. Pimpinan kerajaan mesti lebih sensitif meneliti paras kepuasan hidup di kalangan rakyat, rasa keadilan dan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat yang sejati dan bermoral tinggi.

Tidak ada rakyat - melainkan beberapa penjenayah tertentu - yang inginkan korupsi, pentadbiran cuai, taraf hidup rendah, pencemaran alam, air bah berulang, kesesakan lalu lintas, pemimpin-pemimpin angkuh, perancangan keliru, politik wang, kegiatan memfitnah dan sebagainya yang telah muncul dalam masyarakat kita.

Demikian juga dengan faham agama fanatik dan perkauman sempit yang memupuk perasaan memisah dan tiada muhibah pada golongan lain yang tidak sefaham dengan mereka.

Benteng utama terhadap keganasan adalah sifat cita sempurna bagi masyarakat Malaysia.

- Sebuah artikel oleh Prof.Dr.Syed Hussein Alatas -

Menjunjung nilai perbedaan

Thursday, March 2nd, 2006

12_10

" Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu.
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi.
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati.
Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita.
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda.
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati.
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata "

Chapter di atas, mengikut Ahmad Dhani memang sengaja masukkan didalam karya terbarunya berjudul Leskar Cinta. Ianya diilhami dari surah Al-Hujuraat ayat 13.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya perbedaan di dunia ini. Perbedaan ini seharusnya bukan untuk saling bermusuhan, tetapi untuk saling kenal mengenali. Apa yang ingin dititik beratkan oleh Ahmad Dhani didalam karyanya ini, adalah tentang pentingnya penghargaan terhadap agama-agama lain dan aliran-aliran yang lain.

Karya leskar cinta ini, ditujukan khas buat generasi muda untuk dijadikan sarang di hati mereka. Sarang untuk generasi muda, tentang pentingnya menghargai pemikiran orang lain, dan konsep beragama orang lain. Memang perbedaan itu selalu ada. Apa yang kita harus hindari adalah rasa benar diri sendiri.Rasa benar diri sendiri inilah yang paling bahaya. Sehingga nanti, dunia akan bermusuhan kerana kelompok yang merasakan benar sendiri dan fanatik ini.

Pemimpin-pemimpin negara juga diingatkan untuk mencuba menerima perbedaan dikalangan masyarakat yang dipimpinnya. Syarat utama untuk mencapai kemajuan adalah dengan menerima perbedaan. Jika kita masih tidak menerima perbedaan, kita tidak akan maju kehadapan. Sejarah dunia atau sejarah negara manapun telah membuktikannya. Kita lihat seperti yang berlaku di Iraq. Ternyata, akibat daripada rasa benar, baik dari sebelah puak Sunni atau puak Syiah, telah mengakibatkan mereka berpecah belah dan lebih malang lagi saling berbunuh. Selama perbedaan ditonjolkan, negara atau sesebuah bangsa itu tidak akan maju.

Kalau kita boleh menerima perbedaan dan menjunjung nilai perbedaan itu, kita akan cepat mencapai kemajuan. Kita lihat negara seperti Amerika Syarikat. Mereka terdiri daripada bermacam-macam bangsa. Ada bangsa Eropah, China,Jepun,India dan sebagainya. Di sana juga terdapat pelbagai agama dan perbedaan tradisi.

Karya leskar cinta ini juga ditujukan kepada mereka yang merasakan paling benar. Apa yang mereka yakini itu adalah yang paling benar. Karya ini ditujukan kepada mereka, kerana perasaan yang paling benar itu adalah embrio terrorism. Saya yakin, terrorism asalnya dari situ. Berasa paling benar, yang lainnya salah dan darah yang lainnya itu halal untuk dihabisi.