Archive for January, 2008

London, cyberjaya, Machang

Wednesday, January 23rd, 2008

07_corp_kelantan

Kota Baru:

Kelantan  mendermakan 8.09ha tanah di Machang bagi tujuan membina cawangan terbaru Lim Kok Wing Design Universiti.

Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos pentadbiran dan tanah tersebut akan didermakan sebagai sumbangan kepada penubuhan universiti tersebut.

Lim Kok Wing Universiti telah menubuhkan cawangan-cawangannya di beberapa buah kota besar yang lain seperti di London, Botswana, Beijing, Cambodia,Jakarta, Cyberjaya,Kuala Lumpur dan Kuching.

Saya kagum dengan Tuan Guru kerana boleh menarik minat saudagar kaya membuka perniagaannya di "pekan" Machang walaupun risiko untuk rugi adalah tinggi.Mungkin ianya satu manfaat besar yang ditunggu-tunggu oleh Tuan Guru dan kerajaannya bagi menyelamatkan diri untuk kekal berkuasa pada penggal akan datang dengan adanya pertolongan dari Saudagar kaya ini.

Hijrah untuk perubahan

Sunday, January 13th, 2008

Perkara-Perkara yang tidak perlu dalam Islam:

20071017202258_dsc_3351

Antara prinsip yang tertanam kuat dalam fikiran dan "mindset" umat Islam ialah prinsip bahawa kesolehan ritual lebih unggul berbanding dengan kesolehan sosial. Orang yang beribadah dengan rajin sering dipandang lebih "Muslim" berbanding mereka yang bekerja untuk kemanusiaan, hanya kerana mereka tidak beribadah secara rutin. Agama boleh ditempuh dengan banyak cara, antara lain melalui pengabdian kepada kemanusiaan.

Seterusnya, prinsip yang beranggapan mereka yang tidak mengikuti jalan Islam yang satu adalah "kafir" dan sesat. Ini mekanisme yang  standard dalam semua agama. Sebaliknya, adalah penting untuk menghargai pemikiran orang lain, dan konsep beragama orang lain. Memang perbedaan itu selalu ada. Apa yang kita harus hindari adalah rasa benar diri sendiri.Rasa benar diri sendiri inilah yang paling bahaya.

Prinsip yang menyatakan bahwa sebuah agama itulah yang betul atau bahkan menghapuskan agama sebelumnya. Ini adalah yang disebut sebagai doktrin supersesionisme. Doktrin ini tak lain adalah melambangkan "keangkuhan" sebuah agama. Sebaliknya,agama-agama saling melengkapi satu terhadap yang lain. Kristian boleh belajar dari Islam, Islam boleh belajar dari Yahudi, Yahudi boleh belajar dari tradisi-tradisi timur, dan begitulah seterusnya.

Kitakan beriman dgn ayat Al-Quran ini:

"Bagimu agamamu, bagiku agamaku" (Ayat 6, Surah Al-Kafirun)

tranung lening

Thursday, January 3rd, 2008

Kt_dullu_jpg 1990’s


1365969966_bd5774a620












2007

Cantek amoi di Kka’pung Cine,
Beli akok kat Pasor Payang,
Singgah sebetor kat Kedai Maidin

Jengoh s’betor gerai Ayoh Pin,
Goreng pisang kopi O cap dakyah Teko,
Dok berahi ciskek Secret Recipe tu,

Hidup mewoh tapi dok bahagia,
Jauh merantau tapi hati dok sedap rasa,
Ikang kembung cicoh budu, itulah penenang jiwa,

Hujang emah di negri orghang,
Hujang batu di negri dghi’ri,
Doksoh kabo, baek lagi negri dghi’ri.

..untuk mengetahui kesah kehidupan membesar di terengganu,sila lawati:

http://growing-up-in-trengganu.blogspot.com/