Archive for February, 2008

A New Dawn for Malaysia

Wednesday, February 27th, 2008

Harapan Baru untuk Malaysia

Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah !

Anwar2

-  8 March 2008  -

Click for manifesto )a new dawn for malaysia

Selamat menyambut Hari Valentines 2008

Wednesday, February 13th, 2008

Malam bulan dipagar bintang,

Makin indah jika dipandang,

Bagai gadis beri senyuman,

Pada bujang idaman..

Belai kasih ingin dimanja,

Dengan cumbuan mesra,

Untuk pelipur lara,

Penawar dik asmara..

Malam bulan dipagar bintang,

Tambah seri cuaca malam,

Murni sungguh ciptaan Tuhan,

Bulan bintang lampu alam..

Andai kata bintang menyepi,

Bulan tidak berseri,

Malam menjadi sunyi,

Tidak berseri lagi..

- Malam ini,bagi mereka yang sedang berpacaran, belailah kasih dengan cumbuan dan pelukan mesra..Cintailah Cinta..Malam ini ku sendirian,akan lepak bersama rakan-rakan di Almometer..Happy Valentine’s Day!

Jacsham

Marilah mari,pergi mengundi..

Friday, February 8th, 2008

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan omar, berkata kajian mendapati kira-kira dua juta penduduk yang berusia kurang 40 tahun belum lagi mendaftar sebagai pengundi dan pendekatan online diperkenalkan dan dijangka menjadi faktor pendorong kepada mereka kerana ia lebih mudah.Peruntukan pilihanraya pada kali ini adalah berjumlah sebanyak RM115 juta berbanding RM90 juta pada pilihanraya yang sebelumnya.

Bulan 7/07 yang lalu, saya telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di pejabat pos Gong Kapas,Kuala Terengganu.Terbaru,senarai layak mengundi telah pun di gazetkan pada 5 / 02 /08.Malang sekali, hasil daripada penggunaan sistem yang lebih canggih berbanding pilihanraya tahun 1970-an,nama saya tiada dalam senarai yang telah digazetkan.Mungkin peruntukan yang berjumlah RM115 juta itu masih tidak mencukupi untuk pekerja-pekerja SPR menjalankan kerja dengan lebih berkesan.

- Marilah mari..pergi mengundi..tunaikanlah kewajipan pada negara,haha!

P78_5