Archive for March, 2008

Friday, March 28th, 2008

an SMS from the Forth Floor boys. It clearly demonstrated hows the wet-behind-their-ears are Pak Lah’s advisers. It reads as below:

“I am deeply saddened today that our Constitution was usurped by a monarch who believes in he has absolute discretion, when it is our Constitution that is the supreme law of the land. PM made the right decision to agree to Ahmad Said as MB simply because he didn’t want to lose Terengganu. Had he asked for the matter to be taken to special court, the monarch would have dissolved the assembly and we risk having a state election, with the Terengganu people’s sentiments supporting their Ruler without any care for the law. Politically PM had no choice but what the monarch did today has set a dangerous precedent which means Malaysia is no more a Constitutional Monarchy but is sliding towards absolute monarchy, where the will of the people is subverted the desires of the Rulers. Ampun rakyatku.

Oh, those poor geniuses.

—>http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Kjterbalik

Belajar Dari Kesilapan Lalu

Friday, March 28th, 2008

Seperti yang telah dijangka kelemahan pemimpin No.1 negara kita makin terserlah.Semalam PM terpaksa akur dengan pilihan Sultan Terengganu walaupun sebelumnya PM,dan kebanyakkan MT UMNO yang lain berkeras dengan tindakan Sultan tersebut.PM sendiri telah sedia maklum(dinasihatkan oleh Peguam Negara,peguam-peguam terkemuka serta pakar-pakar perlembagaan) bahawa tindakan yang diambil oleh Raja tersebut adalah bertentangan dengan prinsip perlembagaan.Jika penyelesaian secara begini diteruskan di masa hadapan,amatlah bahaya kerana raja dengan sewenang-wenangnya tidak akan akur dengan undang-undang yg termaktub didalam perlembagaan.Ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat dan langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi mengimbangi kuasa Raja.Bagi golongan Raja pula,perlu diingat bahawa Rakyat pernah mengambil langkah-langkah drastik beberapa ketika dahulu akibat beberapa perlanggaran perlembagaan oleh golongan raja tersebut.Akibatnya golongan Raja ini juga yang akan rugi dan akan menjadi kebencian dikalangan rakyat.Kita lihat krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila Raja Pahang tidak mahu perkenankan undang-undang yang diluluskan oleh DUN kerana tidak senang dengan MB ketika itu.Akibatnya,Undang-undang telah dibentangkan oleh Parlimen untuk mengubah undang-undang sedia ada.Undang-undang baru ini menyebabkan Raja wajib untuk memperkenankan setiap undang-undang yang dibuat oleh semua DUN dan automatik akan menjadi undang-undang jika tidak diperkenankan.Pada mulanya Majlis raja-raja berkeras tidak akan meluluskan undang-undang baru yang dibentangkan ini.Namun,kerajaan mengumumkan akan membataskan penanggungan perbelanjaan golongan raja-raja ini kepada yang dinyatakan didalam undang-undang saja.Kerajaan juga tidak lagi akan membayar untuk pembinaan bangunan dan maintanance kesemua rumah-rumah yang dimiliki raja,Istana-istana tambahan,wad exclusive di hospital,Kapal-kapal layar serta jet-jet peribadi.Media kemudiannya memaparkan penyalahgunaan kuasa sesetengah raja dan juga campurtangan sesetengah raja didalam projek-projek kerajaan.Akhirnya,pada Bulan Februari 1983,Majlis raja-raja bersetuju dengan undang-undang baru tersebut.

Pada tahun 1993,rakyat juga telah bangkit dan melancarkan kempen melawan raja-raja dimana media-media memaparkan lagi penyalahgunaan kuasa oleh sesetengah raja-raja yang dilabelkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.Dahulunya raja-raja kebal disisi undang-undang dan menyebabkan mereka melanggar undang-undang mengikut kesukaan hati mereka.Krisis bermula apabila Raja Johor telah membelasah dengan teruk Gomez Jurulatih Hoki Maktab Sultan Abu Bakar dengan menggunakan kayu golf.Ini ekoran daripada teguran Gomez terhadap pegawai-pegawai hoki negeri supaya meletak jawatan sekiranya mahu melihat hoki di johor berjaya.Ini kerana pegawai-pegawai tersebut telah mengatur perlawanan dan menyuruh Gomez supaya mencatatkan keputusan seri diperingkat separuh akhir kejohanan hoki perseketuan.Pada Julai tahun yang sama, anak Raja Johor,Tengku Abdul Majid pula telah membelasah penjaga gol hoki negeri Perak kerana telah menyelamatkan pukulan penalti yang diambil oleh anak raja itu sendiri di perlawanan akhir. Media juga turut memaparkan penyalahan kuasa oleh kerabat di raja pahang apabila memaksa kerajaan negeri untuk meluluskan konsesi balak kepada mereka dan turut dilaporkan bahawa konsesi yang berlebihan telah diberikan kepada mereka.Terdapat juga aduan dimana golongan-golongan raja ini dengan sengaja tidak mahu membayar hutang mereka dan mengingkari banyak kontrak kerana mereka kebal dari sebarang tindakan sivil di mahkamah.Di kelantan pula sultan diberi keistimewaan untuk mengimport kereta-kereta mewah tanpa perlu membayar cukai.Tetapi ianya telah disalahgunakan keistimewaan ini dengan memberikannya kepada kerabat-kerabat dan juga sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya akibat dari kemarahan rakyat,perlembagaan telah dipinda (perkara 181(2))dimana sultan tidak lagi kebal disisi undang-undang dan boleh disaman oleh sesiapa sahaja.

Melalui beberapa insiden di atas, maka golongan-golongan raja haruslah mengambil pengajaran agar bertindak mengikut perlembagaan dan tidak menimbulkan kemarahan kebanyakkan rakyatnya sendiri agar institusi raja berpelembagaan dinegara kita ini terus dihormati oleh semua.

450pxsultans_at_the_first_malayan_durbar

Konflik Executive

Tuesday, March 25th, 2008

Rter Sekali lagi konflik executive di dalam negeri telah terjadi.Kali ini buat pertama kalinya terjadi di tempat asal saya iaitu Terengganu Darul Iman.PRU yang lalu, BN telah menang dengan selesa mendapat 24 kerusi daripada 32 yang dipertandingkan.Konflik mula terjadi apabila pihak istana telah menamakan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris Jusoh selepas 14 hari menunggu.Walaubagaimanapun, keputusan itu ditentang hebat oleh 22 ADUN BN yang menyokong Idris Jusoh dan beliau juga telah mendapat restu dari PM,TPM serta kebanyakkan MT UMNO yang lain.Ada desas-desus yang menyatakan pihak istana tidak menyukai Idris Jusoh kerana beliau secara tiba-tiba tidak mencalonkan muka-muka lama UMNO antaranya Tengku Putera,Dr. Latiff,Abdul Rahman Bakar dan ramai lagi.Ini telah menyebabkan beberapa pihak telah cuba untuk menggagalkan usaha Idris Jusoh untuk kembali berkuasa buat penggal yang ke-2 dan ternyata usaha-usaha ini telah berjaya apabila pihak istana telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru.Ada juga yang menyabitkan dengan pengagihan projek-projek di terengganu yang dipelopori oleh Idris dan rakan-rakannya sahaja.Di Malaysia,konflik antara pihak Istana dan Menteri Besar wujud sejak dari tahun 1975 lagi.Si raja akan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan mengelak untuk berjumpa dengan MB,tidak mahu menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh DUN dan sebagainya.Ini telah terjadi di perak pada tahun 1975,dimana pertelingkahan berlaku antara sultan dan MB menyebabkan Sultan tidak mahu menghadiri sebarang Majlis yang dihadiri oleh MB.Ianya berlarutan untuk beberapa tahun.Sultan kemudiannya memelihara jambang dan tidak mahu mencukurnya jika MB tidak meletakkan jawatan.Atas nasihat pemimpin parti,MB tersebut meletakkan jawatan dan sang sultan pun mencukur jambangnya kembali.

Di pahang pada tahun 1978, adik bongsu sultan telah mengumumkan untuk memasuki politik dan menyatakan mahu memegang jawatan MB.Sultan kemudiannya menyatakan tidak akan menerima adiknya itu menjadi MB dan akhirnya kemenangan berpihak kpd sultan,dan adiknya memilih untuk tidak masuk ke dalam politik.Pada 1983,Sultan Muda pahang tidak mahu meluluskan undang-undang yang dibuat oleh DUN kerana tidak bersefahaman dengan MB.

Di Kelantan, Kerajaan Negeri telah melebihi kuasa sultan didalam pertukaran kakitangan awam negeri dan mengakibatkan hubungan antara sultan dan MB menjadi suram.Sultan juga marah apabila krisis dalaman di dalam negeri telah diumumkan didalam media-media.Akibatnya,sultan telah melibatkan dirinya didalam PRU 1990 dan telah menyokong pembangkang yang diketuai oleh pakciknya Tengku Razali Hamzah.Akibatnya,kerajaan negeri telah tumbang ditangan pembangkang.

Situasi yang sama telah terjadi sekarang di terengganu apabila Sultan telah melantik calon MB kesukaannya,tetapi tidak melantik calon MB yang mendapat sokongan 22 Adun,calon yang tidak digemarinya.Seharusnya, Sultan sebagai pemerintah perlulah bertindak mengikut  perlembagaan.Mengikut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti ADUN hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.Hubungan peribadi mungkin relevan tetapi tidak sepatutnya dijadikan element penting didalam perkara perlembagaan.Tetapi peliknya, masih ramai kaum Melayu berpendapat Sultan dan MB mestilah ada satu hubungan yang baik untuk sesebuah kerajaan itu bergerak secara lancar.

Pada hemat saya,jika perkara ini berlarutan dan sultan masih berdegil tidak mahu melantik Idris,kebiasaannya polisi UMNO secara umumnya akan menjaga hati Sultan dan akan menggantikan dengan calon yang baru dimana mendapat sokongan baik dari pihak sultan.Calon malang terdahulu iaitu Idris Jusoh akan ditawarkan jawatan-jawatan lain diperingkat federal.Mungkin YB. Rosol ataupun YB. Awang Tera akan dipilih bagi menggantikan Idris mahupun Ahmad Said.Tetapi jika UMNO bertindak sedemikian(melebihkan raja dari rakyat)  akan ada bahayanya.Ini memberikan gambaran bahawa Raja boleh untuk tidak bertindak mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan dan perlu ada langkah-langkah drastik untuk memeriksa kuasa-kuasa Raja.

Apabila sudah menjadi menteri

Saturday, March 22nd, 2008

Zaid cadang gubal undang-undang anti-lompat parti

171965440_3c3b391690_o

Menteri di Jabatan Perdana  Menteri (JPM) Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang khusus untuk  meletakkan noktah bagi perbuatan melompat parti oleh ahli politik.

Beliau berkata perbuatan ahli politik yang bertanding mewakili parti tertentu dan bertukar ke parti lain apabila menang dalam pilihan raya umum merupakan perbuatan amat tidak bermoral walau apa pun alasannya.

"Kita tak boleh benarkan orang bertanding satu parti,  buat janji macam-macam untuk rakyat percaya dan bila menang, lompat ke parti yang lain. 

"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan  boleh adakan undangundang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak  timbul lagi perkara seperti ini," katanya pada  sidang akhbar di kediamannya di sini pada hari Sabtu.

"Saya fikir kita tak payahlah buang masa lagi (untuk  memikirkan sama ada ia wajar atau tidak), gubal sahaja undang-undang ini, kalau tidak, ia akan berterusan seperti yang kita sudah  mulai dengar sekarang ini.

Beliau juga turut merujuk kepada kes Nordin Salleh v Kerajaan Kelantan,dimana didalam kes ini undag-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menghalang Nordin dari keluar dari parti adalah dianggap tidak berpelembagaan dan harus dibatalkan.Hanya parlimen sahaja yang boleh menggubal undang-undang tersebut yang boleh menyekat hak asasi warganegara atas sebab-sebab keselamatan awam,keselamatan persekutuan dan akhlak.

Saya merujuk kepada penghakiman Hakim Eusoff Chin di dalam kes tersebut yang menyatakan,"For the reasons given, I find that only Parliament may enact law to impose any restriction on the exercise of the fundamental right of a citizen to associate which is guaranteed under art 10(1)(c) of the Federal Constitution. Further, the restriction may be imposed as Parliament deems it necessary only in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality. The word ‘morality’ has been held in Mian Bashir’s case to mean and be restricted to ’sexual morality’, and not ‘political morality’."

Apa yang hendak ditakutkan, jika parti yang mendapat suara majoriti rakyat mempunyai kepimpinan yang mapan,jitu dan berkemampuan untuk mentadbir negara kita..Saya yakin,tidak akan ada ahli BN yang akan melompat ke parti lain kerana parti ini mempunyai kepimpinan yang mantap..Yakin kamu?

Saturday, March 22nd, 2008

Apabila Pemimpin No 1 negara tidak dihormati dan tidak berkebolehan.Lain yang ditetapkannya,lain yang dilantik..

Terengganu:

di tetapkanIdris (idris Jusoh)

Dilantik(Ahmad Said)

Kt110304

Perlis:

Di tetapkan(shahidan)

Acf292c

Dilantik(Md Isa)

Isasabu2

‘Say NO to New Economic Policy’…

Thursday, March 13th, 2008


Pak Lah warns Guan Eng

“I would like to ask the DAP which community has been made poorer because of the NEP,” he said..

- Malaysia sebenarnya telah menjadi negara Asia Kelas Ke-3.Beranikah kita menghadapi kenyataan bahawa rakyat di Singapura adalah 5 kali lebih kaya berbanding rakyat di Malaysia dan rakyat di Korea Selatan dan Taiwan adalah 3 kali lebih kaya dari rakyat di Malaysia?Memang tidak dinafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru(NEP) telah memberikan banyak peningkatan terutamanya kepada Bumiputera di dalam bidang-bidang tertentu. Walaubagaimanapun, setelah sekian lama,dasar ini telah disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin didalam UMNO,keluarga,rakan-rakan dan kroni mereka dengan membolot saham,kontrak dan program penswastaan.Akibatnya bebanan buat rakyat semua kaum terutamanya kaum Bumiputera. Kita lihat bagaimana Paklah menerusi(kononnya dipanggil) "Kitchen Kabinet" antaranya menantunya yang sangat berkuasa Khairy Jamalluddin, anaknya yang merupakan seorang saudagar kaya Kamaluddin, rakannya seperti bekas TPM Musa Hitam, Pengerusi NSTP Dato’ Kalimullah Hassan, Pengerusi BERNAMA dan penasihat NCER PM Dato’ Annuar Zaini dan Pengerusi Executive Equine Capital, Dato’ Patrick Lim Soo Kit telah memainkan peranan masing-masing didalam menyalahgunakan wang rakyat.

Kita harus menggantikan dasar-dasar usang ini dengan satu dasar baru yang lebih mapan dan jitu bagi mengatasi kepincangan yang sedia ada dan menghadapi cabaran globalisasi.

Dapatkan risalah Agenda Ekonomi Baru oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini:

http://www.civicbuilder.net/%7Ekeadilan/library/documents/AEB.pdf

Thecicak_anwar200610

Tahniah..Tahniah..Tahniah

Sunday, March 9th, 2008

Pru2008

Seperti yang telah diduga, rakyat yang selama ini telah diperbodohkan dengan penipuan barisan nasional melalui media massa yang dikawal dan dikongkong sepenuhnya oleh mereka telah menunjukkan kebangkitan dan rasa tidak puas hati melalui peti undi semalam.Maka hanya satu kata iaitu TAHNIAH,buat mereka yang telah berusaha ke arah proses pencerahan bagi mewujudkan perubahan di kalangan masyarakat Malaysia.Banyak perkara yang perlu dilakukan dan semoga usaha yang bersungguh-sungguh akan diberikan ke arah mencapai "harapan baru untuk Malaysia".

‘Yes, we can change’

Friday, March 7th, 2008

Anwarthumb

This election is about the past vs. the future. It’s about whether we settle for the same divisions and distractions and drama that passes for politics today or whether we reach for a politics of common sense and innovation, a politics of shared sacrifice and shared prosperity.

The change we seek has always required great struggle and great sacrifice. And so this is a battle in our own hearts and minds about what kind of country we want and how hard we’re willing to work for it.

Yes, we can heal this nation. Yes, we can seize our future. And as we leave this great state with a new wind at our backs and we take this journey across this great country, a country we love.

Don’t tell me we can’t change.

Yes, we can. Yes, we can change. Yes, we can..

Obama Speech

Merdekacombo1