Apabila sudah menjadi menteri

Zaid cadang gubal undang-undang anti-lompat parti

171965440_3c3b391690_o

Menteri di Jabatan Perdana  Menteri (JPM) Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang khusus untuk  meletakkan noktah bagi perbuatan melompat parti oleh ahli politik.

Beliau berkata perbuatan ahli politik yang bertanding mewakili parti tertentu dan bertukar ke parti lain apabila menang dalam pilihan raya umum merupakan perbuatan amat tidak bermoral walau apa pun alasannya.

"Kita tak boleh benarkan orang bertanding satu parti,  buat janji macam-macam untuk rakyat percaya dan bila menang, lompat ke parti yang lain. 

"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan  boleh adakan undangundang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak  timbul lagi perkara seperti ini," katanya pada  sidang akhbar di kediamannya di sini pada hari Sabtu.

"Saya fikir kita tak payahlah buang masa lagi (untuk  memikirkan sama ada ia wajar atau tidak), gubal sahaja undang-undang ini, kalau tidak, ia akan berterusan seperti yang kita sudah  mulai dengar sekarang ini.

Beliau juga turut merujuk kepada kes Nordin Salleh v Kerajaan Kelantan,dimana didalam kes ini undag-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menghalang Nordin dari keluar dari parti adalah dianggap tidak berpelembagaan dan harus dibatalkan.Hanya parlimen sahaja yang boleh menggubal undang-undang tersebut yang boleh menyekat hak asasi warganegara atas sebab-sebab keselamatan awam,keselamatan persekutuan dan akhlak.

Saya merujuk kepada penghakiman Hakim Eusoff Chin di dalam kes tersebut yang menyatakan,"For the reasons given, I find that only Parliament may enact law to impose any restriction on the exercise of the fundamental right of a citizen to associate which is guaranteed under art 10(1)(c) of the Federal Constitution. Further, the restriction may be imposed as Parliament deems it necessary only in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality. The word ‘morality’ has been held in Mian Bashir’s case to mean and be restricted to ’sexual morality’, and not ‘political morality’."

Apa yang hendak ditakutkan, jika parti yang mendapat suara majoriti rakyat mempunyai kepimpinan yang mapan,jitu dan berkemampuan untuk mentadbir negara kita..Saya yakin,tidak akan ada ahli BN yang akan melompat ke parti lain kerana parti ini mempunyai kepimpinan yang mantap..Yakin kamu?

Leave a Reply