Belajar Dari Kesilapan Lalu

Seperti yang telah dijangka kelemahan pemimpin No.1 negara kita makin terserlah.Semalam PM terpaksa akur dengan pilihan Sultan Terengganu walaupun sebelumnya PM,dan kebanyakkan MT UMNO yang lain berkeras dengan tindakan Sultan tersebut.PM sendiri telah sedia maklum(dinasihatkan oleh Peguam Negara,peguam-peguam terkemuka serta pakar-pakar perlembagaan) bahawa tindakan yang diambil oleh Raja tersebut adalah bertentangan dengan prinsip perlembagaan.Jika penyelesaian secara begini diteruskan di masa hadapan,amatlah bahaya kerana raja dengan sewenang-wenangnya tidak akan akur dengan undang-undang yg termaktub didalam perlembagaan.Ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat dan langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi mengimbangi kuasa Raja.Bagi golongan Raja pula,perlu diingat bahawa Rakyat pernah mengambil langkah-langkah drastik beberapa ketika dahulu akibat beberapa perlanggaran perlembagaan oleh golongan raja tersebut.Akibatnya golongan Raja ini juga yang akan rugi dan akan menjadi kebencian dikalangan rakyat.Kita lihat krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila Raja Pahang tidak mahu perkenankan undang-undang yang diluluskan oleh DUN kerana tidak senang dengan MB ketika itu.Akibatnya,Undang-undang telah dibentangkan oleh Parlimen untuk mengubah undang-undang sedia ada.Undang-undang baru ini menyebabkan Raja wajib untuk memperkenankan setiap undang-undang yang dibuat oleh semua DUN dan automatik akan menjadi undang-undang jika tidak diperkenankan.Pada mulanya Majlis raja-raja berkeras tidak akan meluluskan undang-undang baru yang dibentangkan ini.Namun,kerajaan mengumumkan akan membataskan penanggungan perbelanjaan golongan raja-raja ini kepada yang dinyatakan didalam undang-undang saja.Kerajaan juga tidak lagi akan membayar untuk pembinaan bangunan dan maintanance kesemua rumah-rumah yang dimiliki raja,Istana-istana tambahan,wad exclusive di hospital,Kapal-kapal layar serta jet-jet peribadi.Media kemudiannya memaparkan penyalahgunaan kuasa sesetengah raja dan juga campurtangan sesetengah raja didalam projek-projek kerajaan.Akhirnya,pada Bulan Februari 1983,Majlis raja-raja bersetuju dengan undang-undang baru tersebut.

Pada tahun 1993,rakyat juga telah bangkit dan melancarkan kempen melawan raja-raja dimana media-media memaparkan lagi penyalahgunaan kuasa oleh sesetengah raja-raja yang dilabelkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.Dahulunya raja-raja kebal disisi undang-undang dan menyebabkan mereka melanggar undang-undang mengikut kesukaan hati mereka.Krisis bermula apabila Raja Johor telah membelasah dengan teruk Gomez Jurulatih Hoki Maktab Sultan Abu Bakar dengan menggunakan kayu golf.Ini ekoran daripada teguran Gomez terhadap pegawai-pegawai hoki negeri supaya meletak jawatan sekiranya mahu melihat hoki di johor berjaya.Ini kerana pegawai-pegawai tersebut telah mengatur perlawanan dan menyuruh Gomez supaya mencatatkan keputusan seri diperingkat separuh akhir kejohanan hoki perseketuan.Pada Julai tahun yang sama, anak Raja Johor,Tengku Abdul Majid pula telah membelasah penjaga gol hoki negeri Perak kerana telah menyelamatkan pukulan penalti yang diambil oleh anak raja itu sendiri di perlawanan akhir. Media juga turut memaparkan penyalahan kuasa oleh kerabat di raja pahang apabila memaksa kerajaan negeri untuk meluluskan konsesi balak kepada mereka dan turut dilaporkan bahawa konsesi yang berlebihan telah diberikan kepada mereka.Terdapat juga aduan dimana golongan-golongan raja ini dengan sengaja tidak mahu membayar hutang mereka dan mengingkari banyak kontrak kerana mereka kebal dari sebarang tindakan sivil di mahkamah.Di kelantan pula sultan diberi keistimewaan untuk mengimport kereta-kereta mewah tanpa perlu membayar cukai.Tetapi ianya telah disalahgunakan keistimewaan ini dengan memberikannya kepada kerabat-kerabat dan juga sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya akibat dari kemarahan rakyat,perlembagaan telah dipinda (perkara 181(2))dimana sultan tidak lagi kebal disisi undang-undang dan boleh disaman oleh sesiapa sahaja.

Melalui beberapa insiden di atas, maka golongan-golongan raja haruslah mengambil pengajaran agar bertindak mengikut perlembagaan dan tidak menimbulkan kemarahan kebanyakkan rakyatnya sendiri agar institusi raja berpelembagaan dinegara kita ini terus dihormati oleh semua.

450pxsultans_at_the_first_malayan_durbar

Leave a Reply