Konflik Executive
Sekali lagi konflik executive di dalam negeri telah terjadi.Kali ini buat pertama kalinya terjadi di tempat asal saya iaitu Terengganu Darul Iman.PRU yang lalu, BN telah menang dengan selesa mendapat 24 kerusi daripada 32 yang dipertandingkan.Konflik mula terjadi apabila pihak istana telah menamakan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris Jusoh selepas 14 hari menunggu.Walaubagaimanapun, keputusan itu ditentang hebat oleh 22 ADUN BN yang menyokong Idris Jusoh dan beliau juga telah mendapat restu dari PM,TPM serta kebanyakkan MT UMNO yang lain.Ada desas-desus yang menyatakan pihak istana tidak menyukai Idris Jusoh kerana beliau secara tiba-tiba tidak mencalonkan muka-muka lama UMNO antaranya Tengku Putera,Dr. Latiff,Abdul Rahman Bakar dan ramai lagi.Ini telah menyebabkan beberapa pihak telah cuba untuk menggagalkan usaha Idris Jusoh untuk kembali berkuasa buat penggal yang ke-2 dan ternyata usaha-usaha ini telah berjaya apabila pihak istana telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru.Ada juga yang menyabitkan dengan pengagihan projek-projek di terengganu yang dipelopori oleh Idris dan rakan-rakannya sahaja.Di Malaysia,konflik antara pihak Istana dan Menteri Besar wujud sejak dari tahun 1975 lagi.Si raja akan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan mengelak untuk berjumpa dengan MB,tidak mahu menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh DUN dan sebagainya.Ini telah terjadi di perak pada tahun 1975,dimana pertelingkahan berlaku antara sultan dan MB menyebabkan Sultan tidak mahu menghadiri sebarang Majlis yang dihadiri oleh MB.Ianya berlarutan untuk beberapa tahun.Sultan kemudiannya memelihara jambang dan tidak mahu mencukurnya jika MB tidak meletakkan jawatan.Atas nasihat pemimpin parti,MB tersebut meletakkan jawatan dan sang sultan pun mencukur jambangnya kembali.
Di pahang pada tahun 1978, adik bongsu sultan telah mengumumkan untuk memasuki politik dan menyatakan mahu memegang jawatan MB.Sultan kemudiannya menyatakan tidak akan menerima adiknya itu menjadi MB dan akhirnya kemenangan berpihak kpd sultan,dan adiknya memilih untuk tidak masuk ke dalam politik.Pada 1983,Sultan Muda pahang tidak mahu meluluskan undang-undang yang dibuat oleh DUN kerana tidak bersefahaman dengan MB.
Di Kelantan, Kerajaan Negeri telah melebihi kuasa sultan didalam pertukaran kakitangan awam negeri dan mengakibatkan hubungan antara sultan dan MB menjadi suram.Sultan juga marah apabila krisis dalaman di dalam negeri telah diumumkan didalam media-media.Akibatnya,sultan telah melibatkan dirinya didalam PRU 1990 dan telah menyokong pembangkang yang diketuai oleh pakciknya Tengku Razali Hamzah.Akibatnya,kerajaan negeri telah tumbang ditangan pembangkang.
Situasi yang sama telah terjadi sekarang di terengganu apabila Sultan telah melantik calon MB kesukaannya,tetapi tidak melantik calon MB yang mendapat sokongan 22 Adun,calon yang tidak digemarinya.Seharusnya, Sultan sebagai pemerintah perlulah bertindak mengikut perlembagaan.Mengikut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti ADUN hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.Hubungan peribadi mungkin relevan tetapi tidak sepatutnya dijadikan element penting didalam perkara perlembagaan.Tetapi peliknya, masih ramai kaum Melayu berpendapat Sultan dan MB mestilah ada satu hubungan yang baik untuk sesebuah kerajaan itu bergerak secara lancar.
Pada hemat saya,jika perkara ini berlarutan dan sultan masih berdegil tidak mahu melantik Idris,kebiasaannya polisi UMNO secara umumnya akan menjaga hati Sultan dan akan menggantikan dengan calon yang baru dimana mendapat sokongan baik dari pihak sultan.Calon malang terdahulu iaitu Idris Jusoh akan ditawarkan jawatan-jawatan lain diperingkat federal.Mungkin YB. Rosol ataupun YB. Awang Tera akan dipilih bagi menggantikan Idris mahupun Ahmad Said.Tetapi jika UMNO bertindak sedemikian(melebihkan raja dari rakyat) akan ada bahayanya.Ini memberikan gambaran bahawa Raja boleh untuk tidak bertindak mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan dan perlu ada langkah-langkah drastik untuk memeriksa kuasa-kuasa Raja.
March 27th, 2008 at 5:05 am
yeah… i really agree with that… tak boleh lah semua nak ikut cakap sultan je…