‘Say NO to New Economic Policy’…


Pak Lah warns Guan Eng

“I would like to ask the DAP which community has been made poorer because of the NEP,” he said..

- Malaysia sebenarnya telah menjadi negara Asia Kelas Ke-3.Beranikah kita menghadapi kenyataan bahawa rakyat di Singapura adalah 5 kali lebih kaya berbanding rakyat di Malaysia dan rakyat di Korea Selatan dan Taiwan adalah 3 kali lebih kaya dari rakyat di Malaysia?Memang tidak dinafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru(NEP) telah memberikan banyak peningkatan terutamanya kepada Bumiputera di dalam bidang-bidang tertentu. Walaubagaimanapun, setelah sekian lama,dasar ini telah disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin didalam UMNO,keluarga,rakan-rakan dan kroni mereka dengan membolot saham,kontrak dan program penswastaan.Akibatnya bebanan buat rakyat semua kaum terutamanya kaum Bumiputera. Kita lihat bagaimana Paklah menerusi(kononnya dipanggil) "Kitchen Kabinet" antaranya menantunya yang sangat berkuasa Khairy Jamalluddin, anaknya yang merupakan seorang saudagar kaya Kamaluddin, rakannya seperti bekas TPM Musa Hitam, Pengerusi NSTP Dato’ Kalimullah Hassan, Pengerusi BERNAMA dan penasihat NCER PM Dato’ Annuar Zaini dan Pengerusi Executive Equine Capital, Dato’ Patrick Lim Soo Kit telah memainkan peranan masing-masing didalam menyalahgunakan wang rakyat.

Kita harus menggantikan dasar-dasar usang ini dengan satu dasar baru yang lebih mapan dan jitu bagi mengatasi kepincangan yang sedia ada dan menghadapi cabaran globalisasi.

Dapatkan risalah Agenda Ekonomi Baru oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini:

http://www.civicbuilder.net/%7Ekeadilan/library/documents/AEB.pdf

Thecicak_anwar200610

Leave a Reply