Tahniah..Tahniah..Tahniah

March 9th, 2008 by feisal

Pru2008

Seperti yang telah diduga, rakyat yang selama ini telah diperbodohkan dengan penipuan barisan nasional melalui media massa yang dikawal dan dikongkong sepenuhnya oleh mereka telah menunjukkan kebangkitan dan rasa tidak puas hati melalui peti undi semalam.Maka hanya satu kata iaitu TAHNIAH,buat mereka yang telah berusaha ke arah proses pencerahan bagi mewujudkan perubahan di kalangan masyarakat Malaysia.Banyak perkara yang perlu dilakukan dan semoga usaha yang bersungguh-sungguh akan diberikan ke arah mencapai "harapan baru untuk Malaysia".

‘Yes, we can change’

March 7th, 2008 by feisal

Anwarthumb

This election is about the past vs. the future. It’s about whether we settle for the same divisions and distractions and drama that passes for politics today or whether we reach for a politics of common sense and innovation, a politics of shared sacrifice and shared prosperity.

The change we seek has always required great struggle and great sacrifice. And so this is a battle in our own hearts and minds about what kind of country we want and how hard we’re willing to work for it.

Yes, we can heal this nation. Yes, we can seize our future. And as we leave this great state with a new wind at our backs and we take this journey across this great country, a country we love.

Don’t tell me we can’t change.

Yes, we can. Yes, we can change. Yes, we can..

Obama Speech

Merdekacombo1

A New Dawn for Malaysia

February 27th, 2008 by feisal

Harapan Baru untuk Malaysia

Ubah sebelum parah, Ubah demi maruah !

Anwar2

-  8 March 2008  -

Click for manifesto )a new dawn for malaysia

Selamat menyambut Hari Valentines 2008

February 13th, 2008 by feisal

Malam bulan dipagar bintang,

Makin indah jika dipandang,

Bagai gadis beri senyuman,

Pada bujang idaman..

Belai kasih ingin dimanja,

Dengan cumbuan mesra,

Untuk pelipur lara,

Penawar dik asmara..

Malam bulan dipagar bintang,

Tambah seri cuaca malam,

Murni sungguh ciptaan Tuhan,

Bulan bintang lampu alam..

Andai kata bintang menyepi,

Bulan tidak berseri,

Malam menjadi sunyi,

Tidak berseri lagi..

- Malam ini,bagi mereka yang sedang berpacaran, belailah kasih dengan cumbuan dan pelukan mesra..Cintailah Cinta..Malam ini ku sendirian,akan lepak bersama rakan-rakan di Almometer..Happy Valentine’s Day!

Jacsham

Marilah mari,pergi mengundi..

February 8th, 2008 by feisal

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan omar, berkata kajian mendapati kira-kira dua juta penduduk yang berusia kurang 40 tahun belum lagi mendaftar sebagai pengundi dan pendekatan online diperkenalkan dan dijangka menjadi faktor pendorong kepada mereka kerana ia lebih mudah.Peruntukan pilihanraya pada kali ini adalah berjumlah sebanyak RM115 juta berbanding RM90 juta pada pilihanraya yang sebelumnya.

Bulan 7/07 yang lalu, saya telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di pejabat pos Gong Kapas,Kuala Terengganu.Terbaru,senarai layak mengundi telah pun di gazetkan pada 5 / 02 /08.Malang sekali, hasil daripada penggunaan sistem yang lebih canggih berbanding pilihanraya tahun 1970-an,nama saya tiada dalam senarai yang telah digazetkan.Mungkin peruntukan yang berjumlah RM115 juta itu masih tidak mencukupi untuk pekerja-pekerja SPR menjalankan kerja dengan lebih berkesan.

- Marilah mari..pergi mengundi..tunaikanlah kewajipan pada negara,haha!

P78_5

London, cyberjaya, Machang

January 23rd, 2008 by feisal

07_corp_kelantan

Kota Baru:

Kelantan  mendermakan 8.09ha tanah di Machang bagi tujuan membina cawangan terbaru Lim Kok Wing Design Universiti.

Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos pentadbiran dan tanah tersebut akan didermakan sebagai sumbangan kepada penubuhan universiti tersebut.

Lim Kok Wing Universiti telah menubuhkan cawangan-cawangannya di beberapa buah kota besar yang lain seperti di London, Botswana, Beijing, Cambodia,Jakarta, Cyberjaya,Kuala Lumpur dan Kuching.

Saya kagum dengan Tuan Guru kerana boleh menarik minat saudagar kaya membuka perniagaannya di "pekan" Machang walaupun risiko untuk rugi adalah tinggi.Mungkin ianya satu manfaat besar yang ditunggu-tunggu oleh Tuan Guru dan kerajaannya bagi menyelamatkan diri untuk kekal berkuasa pada penggal akan datang dengan adanya pertolongan dari Saudagar kaya ini.

Hijrah untuk perubahan

January 13th, 2008 by feisal

Perkara-Perkara yang tidak perlu dalam Islam:

20071017202258_dsc_3351

Antara prinsip yang tertanam kuat dalam fikiran dan "mindset" umat Islam ialah prinsip bahawa kesolehan ritual lebih unggul berbanding dengan kesolehan sosial. Orang yang beribadah dengan rajin sering dipandang lebih "Muslim" berbanding mereka yang bekerja untuk kemanusiaan, hanya kerana mereka tidak beribadah secara rutin. Agama boleh ditempuh dengan banyak cara, antara lain melalui pengabdian kepada kemanusiaan.

Seterusnya, prinsip yang beranggapan mereka yang tidak mengikuti jalan Islam yang satu adalah "kafir" dan sesat. Ini mekanisme yang  standard dalam semua agama. Sebaliknya, adalah penting untuk menghargai pemikiran orang lain, dan konsep beragama orang lain. Memang perbedaan itu selalu ada. Apa yang kita harus hindari adalah rasa benar diri sendiri.Rasa benar diri sendiri inilah yang paling bahaya.

Prinsip yang menyatakan bahwa sebuah agama itulah yang betul atau bahkan menghapuskan agama sebelumnya. Ini adalah yang disebut sebagai doktrin supersesionisme. Doktrin ini tak lain adalah melambangkan "keangkuhan" sebuah agama. Sebaliknya,agama-agama saling melengkapi satu terhadap yang lain. Kristian boleh belajar dari Islam, Islam boleh belajar dari Yahudi, Yahudi boleh belajar dari tradisi-tradisi timur, dan begitulah seterusnya.

Kitakan beriman dgn ayat Al-Quran ini:

"Bagimu agamamu, bagiku agamaku" (Ayat 6, Surah Al-Kafirun)

tranung lening

January 3rd, 2008 by feisal

Kt_dullu_jpg 1990’s


1365969966_bd5774a620












2007

Cantek amoi di Kka’pung Cine,
Beli akok kat Pasor Payang,
Singgah sebetor kat Kedai Maidin

Jengoh s’betor gerai Ayoh Pin,
Goreng pisang kopi O cap dakyah Teko,
Dok berahi ciskek Secret Recipe tu,

Hidup mewoh tapi dok bahagia,
Jauh merantau tapi hati dok sedap rasa,
Ikang kembung cicoh budu, itulah penenang jiwa,

Hujang emah di negri orghang,
Hujang batu di negri dghi’ri,
Doksoh kabo, baek lagi negri dghi’ri.

..untuk mengetahui kesah kehidupan membesar di terengganu,sila lawati:

http://growing-up-in-trengganu.blogspot.com/

Perginya Seorang Pejuang Demokrasi..

December 27th, 2007 by feisal

T053198a

27/12/2007 pada jam 6.16pm bekas perdana menteri negara Pakistan Benazir Bhutto,meninggal dunia ditembak dileher akibat daripada serangan oleh puak pelampau.Serangan dilakukan ketika beliau sedang melambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya ketika berada di  dalam kereta di sebuah kempen partinya di Rawalpindi.Penyerang yang menaiki motor telah menembak tepat di leher beliau dan juga telah meletupkan dirinya lalu mengorbankan 16 orang yang lain.

Pejuang Demokrasi yang berbintang Gemini ini telah lulus peperiksaan O-level ketika berusia 15 tahun dan mendapat Bachelor of Arts di Harvard University.Kemudian meneruskan pembelajarannya di University of Oxford,England di dalam bidang falsafah,Politik dan Ekonomi.Beliau juga menghabiskan program International Law dan Diplomacy ketika berada di Oxford.1973, Beliau dilantik menjadi President of Oxford Union di mana beliau merupakan wanita pertama di Asia yang berjaya mengetuai kelab debat yang paling berprestij itu. 1988, Benazir Bhutto telah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan dan merupakan wanita yang pertama mengetuai sebuah negara Islam.

Pakistan telah kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dan semoga perginya seorang yang bernama Benazir Bhutto akan melahirkan 100 lagi Benazir Bhutto di negara yang bergolak,suram dan gelap,Pakistan..Al-Fatihah

Lelaki pencinta wanita

September 3rd, 2007 by feisal

9658185

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu

Lelaki yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu